Followers

Monday, August 27, 2012

TERKINI! Penganalisis Politik Ong Kian Ming Sertai DAP!

 
 


Ini berita yang baru diterima!

Penganalisis politik terkenal, Dr Ong Kian Ming, 37 tahun, hari ini secara rasmi menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Borang permohonan menyertai parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu diserahkannya sendiri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Sains Politik dari Universiti Duke dari Amerika Syarikat dan juga ijazah yang sama dalam bidang ekonomi dari Universiti Cambridge serta ijazah dari London School of Economics, kedua-duanya di United Kingdom, Ong juga merupakan pensyarah di Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI) di Cheras, beliau berkata sudah sampai masanya beliau bersama-sama membuat perubahan untuk Malaysia yang lebih gemilang.

Keputusan beliau hari ini menyertai DAP, sekali gus memberikan lonjakan semangat kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Buat masa ini beliau sedang mengambil cuti sabatikal bagi menyiapkan laporan akhir penemuan kajiannya yang dikeluarkan oleh sebuah NGO, Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) sehingga hujung tahun ini.

Dari pasukan pengendali blog Jalan Pulang, kami ucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Ong dan selamat maju jaya!

UBAH!

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.