Followers

Sunday, August 26, 2012

Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’ - oleh: Muda Mohd. Noor

 
Bagaimanapun, Umi Hafilda kecewa Pak Lah menggantung keahliannya sebagai ahli Umno Gombak.

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah  dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.

Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.

Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.

“Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.

Mana menteri?

Namun, Umi  juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.

“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.

Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.

“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10, 000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8, 000 orang.

“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,” kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.

Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap  dahulu.

Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin PaKatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.