Followers

Wednesday, August 29, 2012

Sumbang mahram: Pemimpin ditahan bukan dari PKR - Muda Mohd. Noor

 
TEMERLOH: PKR Pahang menegaskan pemimpin kanan parti pembangkang yang ditangkap polis kerana sumbang mahram di negeri itu bukan dari PKR.
 
Naib Pengerusi PKR negeri, Suhaimi Said berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa pemimpin kanan berkenaan dari PKR adalah tidak benar.

Sebaliknya, kata beliau, pemimpin berkenaan telah menyertai sebuah parti baru.

“Beliau bukan pemimpin kanan sebagaimana dakwaan. Laporan itu seperti mahu mencemarkan imej PKR.
 
“Pemimpin berkenaan sudah tidak ada kena mengena dengan PKR lagi,” tambah beliau.

Pemimpin tersebut pernah bertanding pada PRU ke-12 tetapi tewas dan pernah memegang ketua cabang PKR di negeri Pahang.

Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media yang mengatakan seorang pemimpin kanan sebuah parti dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes sumbang mahram.

Menurut laporan akhbar, pemimpin berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim berkata, anak perempuan suspek dikatakan melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lalu di sebuah pusat bersalin swasta di Kajang, Selangor.
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.