PETALING JAYA:
Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung
bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak
kekok dengan penghijrahan tersebut.
Aleya
atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan
berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah
satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.
"Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.
"Cuma
kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia
sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah
bertudung dan doakan saya yang terbaik," katanya.
Tambah
Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu
disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu
kekal sehingga akhir hayat.
Sementara
itu, walaupun Ramadan tahun ini pertama kali dilalui tanpa suami di
sisi, Aleya merasakan ia tidak memberi kesan buatnya untuk beribadat
kerana sering dikelilingi keluarga serta dua orang anak kembarnya, Aza
Ameena dan Asha Ameena yang berusia tiga tahun.
"Bagi
saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia
sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa.
"Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga," ujarnya.
Dalam
pada itu, Aleya berkata, dia juga memastikan segala kerja-kerja
pengacaraan yang dibuat selesai sebelum Ramadan agar dapat menikmati
saat-saat bersama keluarga bagi setiap ibadat yang dilakukan.
"Ramadan
juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk
memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan
ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik.
"Bagaimanapun,
macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan,"
selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap.- mStar
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.