SHAH
ALAM, 28 OGOS: Kegembiraan peneroka menyangkakan bahawa 800 unit saham
Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) yang ditawarkan kepada mereka
adalah percuma bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terpaksa membayar
hutang bank bagi membolehkan mereka memiliki saham tersebut.
Kebanyakkan peneroka yang terpaksa menanggung hutang ini hanya menyedari kewujudan pinjaman ini apabila menerima surat bayaran semula pinjaman bernilai balik hutang berjumlah RM3,630 untuk pembelian 800 unit saham FGVH terlibat dari pihak bank baru-baru ini.
Demikian beritahu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman ketika dihubungi TVS hari ini.
“Kebanyakkan mereka tak menyedari ada antara borang yang mereka tandatangani itu adalah pinjaman bank untuk beli 800 unit saham FGVH, sebab peneroka ini tidak diberikan penerangan yang jelas sebelum turunkan tandatangan.
“Rata-rata peneroka atau waris yang menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH mereka dapat itu percuma.
“Mereka keliru kerana istilah yang digembar gemburkan adalah durian runtuh dan menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit,” kata Mazlan.
Malah menurut Mazlan, isu ini tutut menimbulkan perbalahan antara ahli keluarga sebilangan peneroka dan waris mereka.
“Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yangg nak ambil tanggungjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru-baru ni.
“Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria-iya dulu suruh sain adalah adik beradik,” katanya lagi.
Menurut Mazlan, pinjaman yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus itu dicah secara harian.
Jelas Mazlan, caj faedah harian tersebut berterusan meningkat selagi bayaran pinjaman tidak dijelaskan oleh peneroka terbabit.
PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.