Followers

Saturday, August 25, 2012

Ringgit berkemungkinan alami aliran menurun minggu depan





KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Ringgit berkemungkinan menyaksikan aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan setelah harapan untuk lebih banyak langkah rangsangan daripada Amerika Syarikat pudar, kata para peniaga.


Semasa minggu yang baru berakhir, ringgit mengukuh berbanding dolar AS dengan jangkaan lebih banyak langkah rangsangan daripada Amerika Syarikat untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi terbesar dunia itu.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengalah kepada dolar Amerika pada Jumaat seiring dengan penurunan dalam mata wang Asia setelah harapan untuk lebih banyak langkah rangsangan daripada AS suram.

Euro dijangka kekal pada paras tinggi berbanding dolar AS dengan harapan penggubal dasar akan mengambil langkah untuk mengekang krisis zon euro.

“Bagaimanapun, senario masih suram mengenai bagaimana perkembangan boleh muncul dalam minggu akan datang setelah pemimpin Eropah bertemu untuk menyelesaikan krisis hutang dan dengan itu pergerakan mata wang boleh kekal tidak menentu,” kata seornag peniaga.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 3.0995/1025 daripada 3.1300/1330 pada Jumaat lepas.

Berbanding dolar Singapura, ringgit naik kepada 2.4794/4820 daripada 2.4994/5020 Jumaat lepas.

Mata wang tempatan pula rendah berbanding yen pada 3.9444/9507 daripada 3.9391/9453 Jumaat lepas.

Ringgit lebih tinggi berbanding pound British pada 4.9130/9187 daripada 4.9191/9248 Jumaat lepas.

Ringgit rendah berbanding euro pada 3.8902/8946 daripada 4.8712/8755 pada Jumaat lepas. — 


Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.