Pahang
adalah negeri kurang mendapat perhatian pemerhati politik semasa mereka
membuat ramalan keputusan PRU 13. Setakat ini, tidak satu pun ramalan
yang mengatakan Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Ramai yang menjangka perubahan akan berlaku di negeri-negeri Selatan Semenanjung dalam PRU 13.
Kemungkinan
disebabkan banyaknya kerusi campuran di Johor, Melaka dan Negeri
Sembilan. Walaupun ada kerusi campuran di Pahang , namun tidak sebanyak
di negeri Selatan Semenanjung.
Seperti
juga negeri Pantai Timur Semenanjung iaiatu Kelantan dan Terengganu,
kebanyakan kerusi di Pahang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70
peratus. Justeru itu, ramai yang menjangkakan BN akan mudah menawan
negeri ini , tambahan pula hampir semua kawasan majoriti Melayu
mempunyai kawasan kubu kuat UMNO iaitu Felda.
Selain
felda , Orang Asli yang menjadi pengundi tetap BN dalam setiap
pilihanraya mempunyai jumlah yang agak ramai di setiap dun di Pahang.
Purata 5 – 10% daripada jumlah pengundi adalah pengundi Orang Asli.
Sungguhpun
begitu, perlu diingat bahawa Pahang mempunyai kelebihan dari segi
jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR yang lebih tinggi berbanding
negeri Selatan Semenanjung. Sokongan pengundi Melayu kepada PR di Pahang
menjangkau purata 30 hingga 55 peratus.
PAS
pernah menang 6 kerusi pada PRU 1999 di kawasan majoriti Melayu. Malah
semasa PRU 12 , PAS menang 2 kerusi di Kuala Semantan yang mempunyai 77%
jumlah pengundi Melayu dan Baserah yang mempunyai 72% jumlah pengundi
Melayu.
Tidak
seperti negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung , sokongan pengundi
Cina kepada PAS dan PKR semasa PRU 12 puratanya kurang daripada 55%
tidak seperti sokongan kepada DAP yang mencecah purata 70%. Pada PRU 12 ,
DAP kekal menang di Triang dan merampas Tras dari BN.
Berdasarkan
jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR, banyak
kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan menghadapi
persaingan sengit antara PR dan BN.
DAP
dijangka mudah mengekalkan kemenangan di Triang dan Tras, malah akan
menambah kerusi di Bilut, Ketari , Sabai dan Mentakap yang mempunyai
jumlah pengundi Melayu kurang 50%. DAP juga dijangka menang di Tanah
Rata yang sebelum ini dimenangi calon bebas.
DAP juga berpeluang menang kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Raub yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%.
Isu
Lynas yang panas di Kuantan memberi peluang besar kepada PKR untuk
menang di kerusi Dun Semambu dan Teruntum , serta mengekalkan kerusi
parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.
Sokongan
pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR memberi peluang kepada PKR
di kerusi Dun Ceka dan Benta dalam parlimen Lipis, Damak dalam parlimen
Jerantut , Lanchang dalam parlimen Temerloh serta Jenderak dalam
parlimen Kuala Krau. PKR juga dijangka menang di Parlimen Bentong.
Sokongan
pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR juga akan membantu PAS
menang di kerusi Dun Tanjung Lumpur dalam parlimen Kuantan, mengekalkan
kerusi Dun Baserah dalam parlimen Indera Mahkota dan Kuala Semantan
dalam parlimen Temerloh. Begitu juga parlimen Temerloh, Lipis, Bera.
Kemenangan
di kerusi majoriti Melayu yang ditandingi PAS banyak bergantung kepada
kekuatan jentera PAS sendiri . Walaupun bertanding di kawasan felda, PAS
mempunyai kekuatan sokongan Melayu yang hampir setanding dengan UMNO di
beberapa kerusi Dun dan parlimen.
Antara
kerusi Dun yang PAS berpeluang menang ialah Inderapura dalam parlimen
Kuantan ,Jengka dan Kerdau dalam parlimen kuala Krau, Guai dalam
parlimen Bera, Padang Tengku dalam parlimen Lipis, Tahan dalam parlimen
Jerantut serta parlimen Kuala Krau dan Jerantut.
PAS mampu menang di kerusi-kerusi ini memandang ada di antara kerusi-kerusi pernah dimenangi PAS semasa PRU 1999.
Berdasarkan
faktor jumlah pengundi Cina, isu Lynas, sokongan pengundi Melayu dan
majoriti PRU12. PR berpeluang cerah menang 14 daripada 42 kerusi Dun dan
5 kerusi parlimen daripada 14 kerusi parlimen.
6 kerusi Dun yang DAP ada peluang cerah untuk menang :
1. Triang
2. Tras
3. Tanah Rata
4. Sabai
5. Ketari
6. Bilut
3 kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang :
1. Damak
2. Teruntum
3. Semambu
5 kerusi Dun yang PAS ada peluang cerah untuk menang :
1. Baserah
2. Kuala Semantan
3. Tanjung Lumpur
4. Inderapura
5. Jengka
5 kerusi parlimen yang PR ada peluang cerah untuk menang :
1. Kuantan
2. Indera Mahkota
3. Bentong
4. Cameron Highlands
5. Temerloh
Manakala PR juga ada peluang untuk menang di 9 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen tetapi tidak secerah kerusi di atas.
1 kerusi Dun yang DAP ada peluang untuk menang :
1. Mentakap
4 kerusi Dun yang PKR ada peluang untuk menang :
1. Ceka
2. Benta
3. Jenderak
4. Lanchang
4 kerusi Dun yang PAS ada peluang untuk menang :
1. Padang Tengku
2. Guai
3. Tahan
4. Kerdau
5 kerusi parlimen yang PR ada peluang untuk menang :
1. Raub
2. Jerantut
3. Bera
4. Lipis
5. Kuala Krau
Hanya
jika menang kesemua kerusi di atas barulah PR boleh membentuk kerajaan
dengan 23 daripada 42 kerusi Dun. Keadaan sukar inilah yang menyebabkan
ramai yang tidak menjangkakan Pahang mampu ditawan PR dalam PRU 13.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.