Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika--
(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau
(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau
(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau
(d)
setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen
atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai
ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak
menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki
oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki
sedemikian; atau
(e)
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di
Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang
termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan
dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu
tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak
kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan
bebas; atau
(f)
dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara
di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak
kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah
membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negera di luar Persekutuan.
Tapi ahli parlimen Labuan dilaporkan akan kekal jadi Ahli Parlimen
"Sehingga Sidang Parlimen berakhir September depan, Ahli Parlimen
Labuan, Datuk Yusof Mahal akan duduk di kerusinya di Dewan Rakyat," kata
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditanya
mengenai status wakil rakyat itu yang dilaporkan muflis oleh Mahkamah
Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu
Apa sudah jadi nei...??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.