Tahniah
kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail kerana berjaya dapat
memancing 'ikan besar' sewaktu pergi memancing bersama Dato' Razak
Musa, Pengarah SPRM Pendakwaan. Turut meraikan kejayaan tersebut ialah
bekas KPN , Tan Sri Musa Hasan.
Maka ternyata benar apa yang pernah penguamnya katakan disini tidak lama dulu. Bahawa kini Ramli terbukti telah benar-benar kecundang dalam perjuangannya untuk menegakan keadilan di bumi Malaysia ini.
Dato Ramli, bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial, telah bersetuju untuk TIDAK mendakwa bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, AG Gani Patail, kerajaan dan media arus perdana kerana tohmahan keatasnya sebagai 'Pegawai Polis RM 27 Juta' dan dakwaan yang telah dilontarkan ke atasnya.
Ramli khabarnya dikembalikan
semula dengan pangkat kepujian dan penuh dan beberapa pembayaran yang
sememangnya menjadi haknya itu.
Ramli akan menggunakan wang tersebut untuk membaik pulih masjid di kampungnya. Itu adalah 'Nazarnya' kata Ramli. Maka Ramai orang yang memuji sikap Ramli tersebut ....
Tetapi aku rasa, tentu ramai juga yang berasa sedih dan kesal dengan sikapnya ltu. Apa sudah jadi dengan 'Azam'nya untuk menyaman para penyangak dan memperbetulkan sistem kehakiman negara yang sangat parah ini?
Mana lebih penting membina sebuah negara yang benar-benar berpaksikan kepada keadilan untuk semua rakyatnya , berbanding dengan hanya membaiki sebuah masjid yang hanya untuk kegunaan segolongan ummat Islam di kampungnya itu?
Saya percaya, sebagaimana tuan-tuan juga, bahawa banyak masjid yang lebih baik boleh dibina dengan cara yang lebih diredhai Allah SWT apabila kondisi negara yang pincang ini dapat diperbaiki melalui pemimpin-peminpin yang lebih bermaruah dan adil.
Patutlah peguamnya, Rosli Dahlan dilaporkan begitu resah dan sedih bila menceritakan perkara ini di sini dahulu ...Perkara yang Rosli risaukan itu kini telah pun berlaku ...

Maka
amat malanglah bagi kita semua yang sangat mengharapkan kesungguhan
Ramli apabila dia menegaskan kepada kita semua dengan kenyataannya
berikut :
"Apa yang saya ingin
isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain
kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka
memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta
sedangkan mereka tahu ini semua penipuan," katanya Dato Ramli Yusuff,
bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial.
Dia
benar-benar mengesahkan akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan
Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa
Hassan. Apakah itu bukan suatu janji yang mulia kepada seluruh rakyat
Malaysia? Satu janji yang bersungguh-sunguh dan sudah tentunya ia juga
setaraf dengan sebuah 'Nazar'. Ceritanya di sini
Nampaknya, kita semua telah dihampakan oleh Ramli. Kita patut bersedih ... Para penyangak dan malaon akan terus bebas melata ....Episod ini hanya menambahkan bukti betapa korupnya kerajaan Umno/BN ini dan adalah tugas kita semua untuk menumbangkangkannya dalam PRU-13 nanti.

K'jaan gugur rayuan, Ramli dapat ganjaran RM753,000Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM753, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.
Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya.
"Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya.
"Saya telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata bekas pegawai tinggi polis itu.
Awal hari ini, SPRM menarik balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
SUMBER di sini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.