Followers

Thursday, August 2, 2012

Parah...Saham FGVH jatuh kepada RM5 seunit hari ini - Dicatat oleh ustazcyber

 
KUALA LUMPUR: [sini]Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, terus mencatat penurunan sehingga RM5 seunit jam 1 petang tadi.

Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.

Sementara itu, Presiden Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan berhubung kejatuhan itu.

Katanya, FGVH yang baru disenaraikan pada akhir Jun lalu dengan harga RM4.55 pernah mencecah pada harga RM5.80 sahaja selepas dua minggu disenaraikan.

Namun katanya, selepas itu saham FGVH semakin menurun sehinggalah ke RM 5.00 awal pagi ini.

Mazlan turut mengulangi pendiriannya bahawa penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia tidak kena pada masanya dan ramai penganalisis ekonomi turut menjangkakan saham FGVH akan merundum.

"Sebenarnya, FGVH tidak wajar disenaraikan pada masa ini, apatah lagi FGVH tidak ada aset di tambah pula anak syarikatnya banyak yang berdepan dengan masalah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau tidak berniat untuk 'memulangkan paku buah keras' kepada kerajaan ekoran kedegilan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Tegas Mazlan sekiranya pada kadar saham RM5 pada hari ini pecah dan mengalami kejatuhan ianya akan mengundang malapetaka kepada kerajaan dalam tempoh sebulan ini.

Ditambah pula katanya, dengan masalah kelapa sawit yang melawas menyebabkan harga jatuh sekali gus akan menggusarkan para peneroka.

"Saya bersimpati pada peneroka, mereka jadi mangsa," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan akan wujud sendiket pembelian saham apabila peneroka mula menjual saham mereka.

"Kalau peneroka yang beli melalui MITI, dan mereka diminta jual. Isunya siapa yang beli, kita bimbang cetus sendiket sekiranya pembeli itu adalah orang asing maka pegangan bumiputera akan berkurangan. Inilah yang kita sebut akirnya Felda akan menjadi milik asing,"katanya.

Ketika berita ini ditulis jam 4.33 petang saham FGVH direkod pada RM5.05 seunit.


Ustazcyber.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.