Saudara Pengarang,
PERIBAHASA ada menyatakan 'Sudah
Jatuh Ditimpa Tangga'. Demikianlah nasib yang telah menimpa dua
keluarga suku kaum Murut yang berasal dari Kampung Buntulan, Pensiangan
semasa pelancaran program BR1M di kawasan Pendalaman peringkat pertama
yang lepas.
Sepertimana yang kita tahu bahwa
semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah
layak untuk menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan melalui Program
Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dengan syarat permohonan mereka
telah ditapis dan dilulus oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri yang mengeluar
dan mengagihkan pemberian Baucer BR1M 500 itu kepada semua Rakyat
Malaysia yang layak.
Berbalik kepada intro cerita
kekecewaan ini, dua anggota keluarga suku kaum Murut yang telah mendapat
kelulusan dan layak untuk menerima bantuan di bawah program tersebut
ialah Juffiry Bin Bakasut (MyKad 910511-12-5159 yang menerima Baucer
BR1M RM 500 bernombor siri 1780474 dan Jusliah Bte Bakasut (MyKad
900210-12-6378) Baucar BR1M RM 500 bernombor siri 1780473.
Mereka telah menerima baucer-baucer tersebut dari Pejabat Hasil Dalam Negeri cawangan Nabawan.
Apa yang dianggap 'Pelik dan
Aneh' atau sungguh menghairankan ialah apabila kedua dua warga luar kota
ini pergi ke Bank Simpanan Nasional, Pekan Keningau untuk menukarkan
Baucer tersebut kepada tunai; usaha mereka sia-sia sahaja kerana Kerani
atau Juru Wang yang bertugas di kaunter pada hari itu memberi penjelasan
bahawa mereka tidak LAYAK!
Dengan rasa tidak putus asa
dengan penjelasan itu kedua-dua mereka itu yang disertai bersama-sama
dengan bapa mereka terus menuju ke Maybank yang berhampiran untuk tujuan
yang sama, tetapi mereka mendapat penjelasan yang sama di waktu
berurusan di BSN.
Persoalannya sekarang,
mengapakah permohonan bagi kedua-dua warga desa ini dapat diluluskan
pada peringkat awalnya dan layak menerima Baucar Tunai BR1M RM 500
setiap seorang tetapi TIDAK diterima oleh pihak institusi kewangan
ataupun bank yang dilantik oleh kerajaan untuk membayar tunai kepada
setiap pemegang BR1M yang sah itu?
Kejadian yang menimpa kedua-dua
warga desa itu amatlah dikesali dan menjadi tanda tanya sebagai Pelik
dan Hairan. Seorang Peguam tempatan yang berasal dari Kawasan
Pendalaman, Martin Tommy Durasim, juga Ketua Bahagian STAR, Pensiangan,
telah menerima aduan daripada kedua warga Desa tersebut dan beliau telah
mengambil langkah pertama ini melalui penyiaran perkara yang
menghairankan ini ke saluran media untuk berkongsi pendapat bersama
-sama orang ramai di luar sana.
Beliau juga berharap agar pihak
yang berkenaan dapat menjalankan penyiasatan di atas peristiwa yang
telah menghancurkan harapan dua Warga Desa yang telah bersusah payah
datang dari kampung terletak jauh terpencil di Pedalaman hanya untuk
menerima HAK mereka sebagai Rakyat Malaysia tetapi mereka hanya menerima
KEKECEWAAN yang berbunyi “Kamu Tidak Layak Menerima BR1M“.
Salam Hormat,
WARGA DESA PEDALAMAN
Sumber: Sabahkini
===///===
Gila ah BN, kalau dah tak layak,
sepatutnya LHDN Keningau awal awal lagi tak perlu keluarkan baucar pada
mangsa. Ini satu bentuk penganiayaan kepada golongan yang memerlukan.
Beri harapan yang hanya kemudian tinggal hancur berkecai.
Setelah wa google, jarak antara
Pensiangan dan Keningau adalah sejauh 80 km. Ini bermakna, perjalanan
pergi balik 2 mangsa yang terlibat yang sejauh 160 km hanyalah satu
perkara yang sia sia.
Sudah pasti dengan bantuan BR1M
yang telah dianugerahkan membuat mereka tidak kisah untuk mengeluarkan
sedikit perbelanjaan untuk tambang dan perbekalan.
Sudah pasti juga dengan wang dari baucar yang bakal mereka tunaikan sudah diangankan untuk perbelanjaan itu dan ini
Namun apa yang mendukacitakan,
setelah tiba ke destinasi, impian mereka untuk menunaikan baucar
tersebut musnah apabila mereka diisytiharkan tidak layak untuk menerima
bantuan oleh petugas bank yang dilantik.
Jika betul mereka tidak layak,
kenapa baucar BR1M itu dikeluarkan atas nama mereka?
Dan soalan yang
paling utama disini, mengapa impian dan harapan mereka yang datang dari
pedalaman sewenang wenangnya dipermainkan ??

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.