Tun
Dr Mahathir yang sudah hampir mencecah umur 90 tahun ini, sudah menjadi
liabiliti bagaikan ‘biawak hidup’ kepada Umno Barisan Nasional.
Berbagai
kenyataan akhir-akhir ini sudah nampak betapa terdesaknya melindungi
diri beliau daripada sebarang kejayaan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan persekutuan dalam pilihanraya nanti.
Akibat
betapa tersepitnya Najib Razak dengan situasi meruncing di Sabah,
beliau terpaksa menubuhkan Suruhanjaya untuk isu Pendatang Tanpa Izin.
Ini menyebabkan Mahathir yang semakin tertekan dengan ‘Tikaman dari
belakang’ Najib telah tersembur kenyataan yang semakin membelit….
Walaupun
dengan penubuhan Suruhanjaya isu Pendatang itu sebenarnya akan
membongkar keburukan dan kebusukan UmnoBn serta Mahathir... tetapi Najib
terpaksa lakukan demi menyelamatkan diri sendiri terutamanya sokongan
di Sabah yang semakin merosot akibat isu Pendatang ini ditangani dengan
lemah….
Tetapi, keburukan rahsia Mahathir akan terbongkar semasa inkuiri
nanti…
Mahathir sembur kenyataan yang lebih membelit
Rakyat “kecewa” Tun Mahathir memanggil Najib ‘Syaitan’.
"Lebih baik menyokong syaitan yang anda tahu daripada menyokong malaikat yang anda tidak kenali," kata Mahathir.
Itulah
kenyataan Mahathir semalam yang menyeru supaya sokongan terus diberi
kepada BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua umum
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia juga secara asasnya
menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi
dan tidak menghormati hasrat rakyat.
Dalam
kenyataan itu, Mahathir mengungkapkan BN sebagai "syaitan yang
dikenali" dan Pakatan Rakyat pula sebagai "malaikat yang tidak
dikenali".
Mahathir hanya mahu kerajaan sedia ada terus kekal berkuasa dengan cara autoritarian seorang diktator. Itulah cerminan gaya biasa seorang diktator yang tidak lagi berkuasa, walaupun rakan dipijak…
Kasihan Najib…
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.