PUCHONG
21 AUG : Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan
syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti
yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno
kalah.
Aktivis
gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan,
momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk
menakutkan rakyat.
Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam.
Mengikut
statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576
kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu.Ini
termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana
Menteri, kata Al-Jafree.
Sebaliknya,
jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan
Melayu selama 55 tahun pemerintahannya.“Kalau betul melayu lemah
maknanya teruklah Umno sebab secara jelas kuasa di tangan mereka.
“Ini
bukan salah pembangkang, tapi salah mereka kerana mereka yang
memerintah,” katanya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV
Selangor.
Bagi
aktivis ABU, Haris Ibrahim, sasaran serangan ditujukan kepada Umno dan
bukannya Barisan Nasional (BN) kerana Umno merupakan parti dominan dalam
gabungan berkenaan.Katanya lagi, dengan melumpuhkan Umno, maka BN akan
ditumbangkan.
ABU
dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat
kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang,
undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi
Lynas.TVS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.