Bekas
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim
mempersoalkan kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
melantik sebuah panel bagi menyiasat dakwaan yang dibuat terhadap Peguam
Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mat Zain memberitahu Malaysiakini
hari ini bahawa beliau terkejut dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya
SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull bahawa suruhanjaya itu pernah membentuk
sebuah panel untuk menyiasat AG.
Shukri, ketika ditanya sama ada
SPRM boleh mengambil tindakan tindakan terhadap Peguam Negara, beliau
berkata berkata suruhanjaya itu pernah menubuhkan sebuah panel tiga
anggota untuk menyiasat AG berhubung kes mata lebam Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Dalam hal itu, Mat Zain berkata, Jabatan Peguam Negara sendiri
tidak mempunyai hak atau kuasa untuk melantik panel seumpama itu, terutama ia membabitkan AG yang masih berkhidmat.
Menurutnya, yang boleh melantik panel yang dipanggil 'tribunal' untuk mengadili tingkah laku seseorang AG hanyalah Yang di-Pertuan Agong, seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama dengan Perkara 145 (6) dan mestilah atas nasihat perdana menteri.
Katanya, jika sekarang SPRM berkata ia telah melantik sebuah panel untuk mengadili tingkah laku Peguam Negara, bermakna ia telah merebut kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong.
"Bagaimana mungkin? Ia tidak masuk akal. SPRM tidak mempunyai kuasa untuk memula, menjalan atau memberhentikan prosiding jenayah terhadap mana-mana individu seperti Peguam Negara.
Dalam hal itu, Mat Zain berkata, Jabatan Peguam Negara sendiri tidak mempunyai hak atau kuasa untuk melantik panel seumpama itu, terutama ia membabitkan AG yang masih berkhidmat.
Menurutnya, yang boleh melantik panel yang dipanggil 'tribunal' untuk mengadili tingkah laku seseorang AG hanyalah Yang di-Pertuan Agong, seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama dengan Perkara 145 (6) dan mestilah atas nasihat perdana menteri.
Katanya, jika sekarang SPRM berkata ia telah melantik sebuah panel untuk mengadili tingkah laku Peguam Negara, bermakna ia telah merebut kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong.
"Bagaimana mungkin? Ia tidak masuk akal. SPRM tidak mempunyai kuasa untuk memula, menjalan atau memberhentikan prosiding jenayah terhadap mana-mana individu seperti Peguam Negara.
Bagaimana ia boleh mempunyai kuasa untuk
melantik sebuah panel bagi menyiasat Gani?" soal Mat Zain.
Mat Zain dan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff telah menggesa supaya sebuah tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat terhadap Gani. Aduan Ramli terhadap Peguam Negara itu adalah mengenai isu 'Copgate'.
Mat Zain mengulas mengenai siasatan SPRM berkaitan Ho Hup Construction Bhd yang dikatakan ada kaitan dengan Gani.
SPRM berkata ia adalah bebas dalam menjalankan siasatan dan ia juga boleh melantik sebuah panel untuk menjalankan siasatan.
Dalam kes Ho Hup, Gani dikatakan telah memihak kepada bekas timbalan pengerusi eksekutif syarikat tersebut, Vincent Lye, yang berasal dari Sabah, dan sebagai balasannya didakwa telah menerima RM18,000 untuk mengubahsuai sebuah banglo di Seremban.
MalaysiakiniMat Zain dan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff telah menggesa supaya sebuah tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat terhadap Gani. Aduan Ramli terhadap Peguam Negara itu adalah mengenai isu 'Copgate'.
Mat Zain mengulas mengenai siasatan SPRM berkaitan Ho Hup Construction Bhd yang dikatakan ada kaitan dengan Gani.SPRM berkata ia adalah bebas dalam menjalankan siasatan dan ia juga boleh melantik sebuah panel untuk menjalankan siasatan.
Dalam kes Ho Hup, Gani dikatakan telah memihak kepada bekas timbalan pengerusi eksekutif syarikat tersebut, Vincent Lye, yang berasal dari Sabah, dan sebagai balasannya didakwa telah menerima RM18,000 untuk mengubahsuai sebuah banglo di Seremban.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.