Oleh: WFAUZDIN NS
KUNJUNGAN Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden KEADILAN,
YB Nurul Izzah ke Kuantan hari ini (28 Ogos 2012) pasti dinantikan oleh
semua. Bermula dengan Jamuan Hari Raya di Keratong 8, Rompin jam 2.00
petang, seterusnya ke Jamuan Teh di Peramu Jaya, Pekan jam 5.00 petang
amat dinantikan setelah sebulan aktiviti politik dikurangkan sempena
bulan Ramadhan yang lalu.
Kemuncak yang dinantikan oleh rakyat sekitar Kuantan adalah program
ceramah oleh anak sulung DS Anwar Ibrahim ini di dua lokasi iaitu di
Putra Balok dan juga di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Kuantan.
Sebelum itu, beliau akan bersama penduduk Kuantan di dalam jamuan makan
malam di Restoren Mexica, Kuantan jam 07.30 malam.
Sudah tentu banyak isu yang akan didedahkan oleh YB Nurul Izzah kepada
rakyat Pahang. Kajian sesetengah pihak yang menjangkakan bahawa Pahang
tidak akan dapat ditawan oleh PR nampaknya menaikkan semangat PR di
negeri ini untuk menggandakan usaha agar jangkaan mereka meleset
samasekali. KEADILAN Pahang bersama-sama rakan di dalam PR tidak pernah
terpengaruh dengan kajian akademik tersebut.
Sebelum ini, kesemua pimpinan utama KEADILAN telah beberapa kali
berkunjung ke Pahang termasuk kunjungan Ketua Umum sendiri yang kerap ke
Pahang. Bahkan, pada 31 Ogos ini DS Anwar Ibrahim akan ke Pahang untuk
Program Jamuan Hari Raya di Benta pula. Begitu juga beliau akan ke
Lipis/Bentong untuk program yang sama. YB Azmin Ali, Timbalan Presiden
juga telah berkunjung ke Pahang sebelum ini. Ini membuktikan Pahang
tidak terkecuali dari sasaran PR untuk ditawan di dalam PRU akan datang.
Apa yang perlu kini adalah sokongan rakyat. Rakyat Pahang harus bangkit
untuk melakukan perubahan terutamanya rakyat yang berada di kawasan
Felda yang semakin jelas merasakan mereka seringkali tertipu dan
dipermainkan. Amat malang sekali jika Pahang kembali ke tangan Bn
angkara para peneroka yang masih tidak sedar bahawa mereka telah
terpedaya dengan curahan wang ringgit sedangkan nasib dan masa hadapan
jenerasi mereka tergadai.
Penduduk-penduduk di sekitar bandar dan luar kawasan felda kini telah
berubah. Hanya para peneroka sahaja akan menjadi penentu samada Pahang
layak bertukar kerajaan. Pahang tidak akan berubah kerajaan selagi
rakyat buta maklumat yang sahih. Justeru itu, marilah kita bersama-sama
hadir di dalam setiap program ceramah anjuran PR bagi mendapatkan
maklumat untuk kita fikirkan bersama./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.