SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan,
kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku
Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang
lemah.
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan
yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri
selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk
berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan
datang."BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara
merdeka.
Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan
disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.Hasil kajian
Merdeka Center diumumkan bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana
Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang
positif.
Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan
memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti
komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan
tersebut.Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 -
setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga
di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.
Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA,
Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga
menyebabkan perikatan itu lemah.Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN
lebih baik berbanding 2008."Najib lebih popular sekarang," kata Dr
Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.
"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dengan
perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau
dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
~sinarharian
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.