Loo Moi (kanan) ditemani Pengerusi Rukun Tetangga, Tan Seong Fatt (kiri) dalam sidang media, semalam.
IPOH
– Rutin harian seorang nenek mengambil angin pada awal pagi bertukar
menjadi pengalaman pahit apabila wanita berusia 76 tahun itu menjadi
mangsa cabul di kawasan Pasir Pinji, Jumaat lalu.
Dalam
kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Kuan Loo Moi dalam perjalanan
pulang selepas selesai melakukan senaman pagi bersama rakan-rakannya di
taman berhampiran.
Menurutnya, dia yang ketika itu berjalan sendirian menuju ke rumah, merasakan ada seseorang mengekorinya.
“Tiba-tiba
seorang lelaki memeluk saya dari belakang dan meraba- raba di setiap
bahagian badan,” katanya dalam satu sidang media bersama Pengerusi Rukun
Tetangga Taman Bunga Raya, Taman Pinji dan Taman Melor, semalam.
Loo Moi berkata, dia menjerit untuk menarik perhatian jiran-jiran berhampiran.
“Pada masa sama, saya berusaha melepaskan pegangan daripada lelaki itu namun pegangannya sangat kuat.
“Tidak
lama selepas itu, dia melepaskan dan berjalan tenang ke motosikal yang
diletakkan bersebelahan dengan rumah saya,” katanya.
Loo
Moi berkata, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya dan
difahamkan ia merupakan kejadian ketiga berlaku di kawasan perumahannya.
“Anak-anak
saya telah meminta saya untuk pindah, tetapi saya dan suami berkeras
untuk tinggal disebabkan kemudahan yang terdapat di kawasan ini.
“Kejadian
ini tidak mematah semangat saya untuk meneruskan rutin harian berjalan
pagi dan meminta semua penduduk berhati-hati,” katanya.
-sinarharian-/kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.