MACHANG:
Selepas dipinggirkan Kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia (RMK-5),
Kelantan mencatat sejarah apabila membina sendiri lebuh raya Kuala
Krai-Kota Bharu.
Pada 28 Mei lalu majlis pecah tanah bagi pembinaan fasa pertama diadakan bertempat di Felcra Berangan Mek Nab, yang disaksikan pemimpin negeri, pegawai kerajaan dan penduduk tempatan.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan upacara pecah tanah. Sebelum itu beliau mengimami solat sunat hajat.
Buat pertama kali juga dalam sejarah negara orang ramai tampil menderma bagi merealisasikan pembinaan lebuh raya.
Hampir RM1.5 juta sumbangan orang ramai termasuk anak syarikat kerajaan negeri dan badan-badan korporat dikutip pada program berkenaan.
Menteri Besar menyumbang sebanyak RM5,000, Syarikat Ladang Sungai Terah (RM1 juta), Syarikat Ufuk Budiman (RM100,000), Al-Iman International Institut (RM50,000), Tunjung Development Corporation (RM50,000).
Selain itu, PMBK Sawit (RM25,000), Koperasi Kakitangan PMBK Sawit (RM50,000), Sentosa Group (RM10,000), Perakan (RM10,000) dan banyak lagi.
Lebih mengujakan lagi apabila ramai penduduk kampung juga tampil menderma. Maka tidak hairanlah kerajaan negeri menamakan projek berkenaan sebagai Lebuhraya Rakyat.
Kos keseluruhan sejauh 73 km bernilai RM1.8 bilion. Sebelum ini cadangan membina lebuh raya dihantar kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) setiap kali draf RMK dibincang, namun diketepikan.
Ketika di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi projek pembinaan lebuh raya itu disenaraikan di bawah RMK-9, namun malangnya tidak dilaksanakan kerajaan.
Dan selepas Abdullah diganti Dato’ Seri Najib Razak projek membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu langsung tidak disenaraikan.
Kelantan juga ditimpa nasib malang apabila lebuh raya Pantai Timur hanya dibina setakat Terengganu.
Maka mengambil kira diskriminasi yang berterusan itu, kerajaan Kelantan mengambil inisiatif sendiri membina lebuh raya rakyat yang membabitkan kos awal sebanyak RM500 juta.
Lebuh raya berkenaan mempunyai reka bentuk lebuh raya antara bandar empat lorong. Ia bakal mempunyai sembilan persimpangan bertingkat di beberapa lokasi.
Dua kawasan rawat dan rehat (R&R) akan dibina di lokasi strategik. Beberapa hentian juga akan dibina di sepanjang lebuhraya.
Lebuh raya rakyat tanpa tol, di samping menerapkan nilai-nilai keagamaan konsep gotong-royong diperkenalkan.
Pada awalnya sembilan syarikat membida projek berkenaan dan hanya dua dipilih iaitu Menta Construction untuk pakej pertama dan Temokin Villa Jelas pakej kedua.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato’ Husam Musa berkata, pakej pertama dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan tanpa perlu pengambilan balik semula tanah.
“Lebuh raya ini turut menyediakan laluan khas untuk binatang buas agar ia tidak mengganggu kelicinan lalu lintas,” katanya pada majlis berkenaan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula menyifatkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed amat bimbang dengan kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya sendiri dengan kemampuan yang ada.
Katanya, kenyataan pemimpin Umno seperti menggambarkan seolah-olah hanya mereka sahaja yang mampu, sedangkan orang lain tidak.
“Saya tidak mahu bercakap lebih cuma kita berharap Allah Taala permudahkan doa kita untuk menjayakan impian rakyat,” ujarnya.
Senator Dr Johari Mat berkata, kerajaan PAS pada zaman pemerintahan Dato’ Asri Muda sudah membuktikan keupayaan membina banyak prasarana kepada rakyat termasuk Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Jambatan Sultan Yahya Petra dan Kada.
Katanya, kenyataan pemimpin Umno kelihatan seperti angkuh dan tidak yakin dengan kemampuan orang lain.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.