mStar melaporkan:
GEORGE TOWN: Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya. - mStar.
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Sebelum ni Noor Afizal, seorang atlit bowling dibebaskan oleh mahkamah rayuan atas kes rogol bawah umur jugak dengan alasan kononnya "mempunyai masa depan yang baik".Aku ingatkan alasan tu dah cukup celaka, rupa-rupanya alasan Mahkamah Sesyen Goergetown nampak lebih lagi tahap celakanya. Chuah dibebaskan ata alasan "perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir" dan juga "faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama."
Aku cukup setuju dengan pendapat Zaid Ibrahim, presider parti KITA yang juga bekas menteri yang jaga undang-undang masa dalam Umno dulu macam yang dilaporkan MalaysianInsider.
“Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini. - TMI.Sefaham aku seksyen 376(2) Kanun Keseksaan tu bertujuan untuk mengekang perlakuan seks dengan perempuan di bawah umur.
Dengan keadaan moral anak muda yang cukup teruk sekarang ni patutnya hakim kenakan hukuman yang berat supaya boleh jadi iktibar untuk anak-anak muda supaya tak terlibat dengan kegiatan tak bermoral macam tu.
Langsung tak relevan untuk hakim gunakan alasan "masih muda". Muda apanya kalau dah umur 20 tahun. Dah boleh jadi bapak budak macam tu pun kira muda lagi ka.
Pasai tu lah dalam Islam, tahap dewasa dan boleh dipertanggungjawabkan bila dah akil baligh, maknanya dah ada kemampuan untuk buat anak.
Natijahnya, episod macam ni akan buatkan budak-budak muda lebih berani buat seks walaupun masih dibangku sekolah.
Aku berani kerat jari, kalau anak hakim tu yang kena 'rogol', dia pun tak boleh terima kalau keputusan macam tu dikenakan kat perogol anak dia.
Takkan kut Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz tu jenis pengamal seks bebas, langsung tak rasa apa-apa kalau anak dia yang jadi 'mangsa' tu.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/08/lagi-kes-celaka-haram-jadah.html#ixzz24wFNcFwe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.