AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
Followers
Friday, August 10, 2012
Kartun Politik Zunar - Antu Tuya (Video)
Perbicaraan Lembu - Mahkamah tengok video 'fitnah'
Hafiz Yatim | 12:06PM Ogos 10 2012
Pendengaran kes saman fitnah yang difailkan oleh
bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diteruskan, dengan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menonton klip video yang didakwa
mengandungi kenyataan fitnah yang didakwa dibuat dalam sidang media di
lobi Parlimen pada 30 November 2011.
Empat klip yang didakwa kenyataan fitnah yang diucapkan oleh Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida
Kamaruddin, ditayangkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam
Mydin Meera.
Bagaimanapun, klip video dan transkripnya tidak ditandakan sebagai
ekshibit mahkamah kerana pembuat rakaman video itu belum lagi dipanggil
memberi keterangan.
Rafizi dan Zuraida berdepan dengan saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Shahrizat, yang merupakan ketua Wanita Umno.
Kedua-dua mereka telah memfailkan tuntutan balas.
Shahrizat selepas ini akan disoalbalas oleh peguam Rafizi dan Zuraida
di mahkamah yang padat dengan penyokong Wanita Umno dan PKR. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Shahrizat memberitahu
Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat
dalam projek Pusat Fidlot Nasional sehinggalah diberitahu pada 2007.
Shahrizat berkata sebelum itu beliau tidak mengetahui bahawa Wan
Shahinur Izran Mohd Salleh, 28, telah menjadi pengarah syarikat
National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sejak Disember 2006.
'Tak ambil tahu urusan masing-masing'
Beliau mula mengetahui perkara itu apabila suami beliau, Datuk Seri Dr
Mohd Salleh Ismail memberitahu mahu anak-anak mereka pulang ke tanah
air dari luar negara untuk membantu menguruskan projek tersebut.
"Saya tidak tahu mengenai bidaan projek tersebut. Saya hanya tahu pada
sekitar 2007 selepas suami saya menyatakan hasrat mahu anak-anak pulang
ke tanah air untuk membantunya dalam projek ini.
"Ia berlaku selepas beliau (Mohd Salleh) telahpun memperoleh projek
itu," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ranjit Singh dalam
prosiding kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin
dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli.
Ranjit mewakili kedua-dua defendan.
Shahrizat turut menafikan mengetahui projek NFC lebih awal dan
perbincangan mengenai NFC bukanlah atas kapasiti sebagai seorang
menteri sebaliknya perbualan antara suami isteri.
Ditanya bukankah Wan Shahinur Izran masih terlalu muda untuk dilantik
sebagai pengarah syarikat kerana baru berusia 22 tahun ketika itu,
Shahrizat berkata ia tidak salah kerana anaknya telah tamat pengajian
ketika berusia 19 tahun di Amerika Syarikat serta antara pelajar
terbaik.
Katanya Wan Shahinur Izran tinggal bersamanya sejak 2004 dan dua lagi
iaitu Wan Shahinur Izmir, 32, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, 26,
berada di luar negara dan kembali ke Malaysia pada 2007 untuk menyertai
NFC.
Tambahnya walaupun beliau, suami dan Wan Shahinur Izran tinggal
sebumbung tetapi mereka tidak ambil tahu urusan kerja masing-masing.
Shahrizat: Mereka buatkan orang ramai salahkan saya
Shahrizat berkata beliau mula meneliti pembabitan ahli keluarganya
dalam projek itu pada tahun lepas selepas tersiar di media dan meminta
suaminya memberi penjelasan.
Ketika ditanya oleh Ranjit bahagian manakah di dalam kenyataan
kedua-dua defendan sehingga memudaratkan dirinya, Shahrizat berkata:
"Kata-kata mereka membuatkan orang ramai menyalahkan saya."
Di awal prosiding, mahkamah ditunjukkan tayangan video mengenai sidang
media melibatkan kedua-dua defendan di bangunan Parlimen.
Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan
Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau dalam isu
NFC.
Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi sebagai gantirugi teladan dan teruk daripada defendan.
Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus
mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau penerbitan terhadap
beliau berhubung NFC atau syarikat bersekutu.
Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung 18 September. - MALAYSIAKINI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.