KOTA BHARU: Menteri
Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau
telah menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan wakil negeri itu
yang akan dicadang menganggotai jawatankuasa khas bayaran tunai royalti.
Bagaimanapun
beliau memaklumkan, belum mengemukakan cadangan siapakah individu yang
bakal menduduki jawatankuasa itu nanti kerana ianya belum dibincangkan
diperingkat kerajaan negeri.
"Kita tak bincang lagi, mesyuarat exco hari ni pun tak bincang," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Projek Pembangunan
Tanah Anak Muda Kelantan, di Dewan Teratai petang tadi.
Mengulas
cadangan beberapa pihak agar Tengku Razaliegh Hamzah dipilih menyertai
jawatankuasa itu, Tuan Guru berkata ia boleh dicadang, tetapi tidak
semestinya dipilih.
Sementara
itu, ketika diminta mengulas cadangan agar Kelantan memboikot
jawatankuasa itu pula, Tuan guru berkata pihaknya tidak bercadang untuk
berbuat demikian namun berharap agar banyarannya dipercepatkan dan bukan
menunggu tempoh enam bulan.
"Tak ada sebab nak dilambatkan, sebab ia hak Kelantan," katanya.
Berhubung
masaalah air yang terputus di Pasir Mas, menteri besar berkata ianya
berpunca daripada musim kemarau dan bukannya masaalah pengurusan
syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Katanya, hujan yang jarang berlaku sekarang membuatkan air sungai menjadi kering.
"Peralatan canggih macamana sekalipun tidak mampu mengatasi masalah kekurngan air akibat kemarau.
"Masalah
air bukan saja berlaku di Kelantan. Tetapi negeri lain juga sebagaimana
yang dilaporkn dalam akhbar baru-baru ini," katanya.
Kerengga

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.