KHAIRY
Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta
Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting
sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan
tersebut.
Khairy menjawab
cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencadangkan
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang
kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting
berkenaan.
Katanya,
Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting
berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut.
Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu.
Khairy
menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin
pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia ang
bertanggungjawab terhadap posting berkenaan.
Di
bawah Seksyen 114A yang diperkenalkan sebagai pindaan kepada Akta
Keterangan dalam bulan April, undang-undang itu mengandaikan seseorang
atau organisasi yang ada namanya bersama-sama dengan mana-mana
penerbitan dalam talian, sebagai pengarang kandungan tersebut.
Jika
orang atau organisasi berkenaan bukan pengarang penerbitan tersebut,
maka individu atau organisasi tersebut perlu membuktikan bahawa mereka
tidak bersalah. Yang sama juga terpakai terhadap pemilik rangkaian yang
sambungan internetnya digunakan oleh orang lain untuk aktiviti-aktiviti
yang menyalahi undang-undang.
Semalam,
Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis
hari ini berhubung satu posting tersebut di laman Facebook palsu Pemuda
Umno.
Ibdilillah
berkata, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di
Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja
yang mereka mahu.
Posting
tersebut berbunyi: "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai
agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan
Rakyat. God bless you'.
Nizar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.