Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hassan Ali mengumumkan usaha menubuhkan sebuah yayasan antimurtad bagi memasuki "gelanggang utama" dakwah yang lebih luas.
Badan
dinamakan Yasasan Murni Akidah itu, yang sedang dalam proses
pendaftaran, dikembangkan daripada Unit Selamatkan Akidah yang
ditubuhkannya semasa menjadi exco agama Selangor, kata Hasan.
"Kita
(melalui yayasan ini) akan kemukakan proposal pada pihak berwajib untuk
melaksanakan cadangan yang melibatkan dasar dan implementasinya (berkaitanakidah)," katanya lagi.
Yayasan
itu, kata Hasan, akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan
NGO bagi membendung ancaman Kristianisani yang didakwanya kritikal dan
getir.
Katanya lagi, yayasan tersebut kini mula menerima "bantuan" dan sokongan daripada golongan profesional.
Hasan
juga berkata, JATI akan turut merekrut pendakwah yang mempunyai daya
tahan dan daya saing seperti golongan paderi yang turun ke pedalaman
dengan susah payah.
Langkah itu bagi menyaingi dakyah yang didakwanya disebarkan kumpulan Kristian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.