Gelombang
Plus nama yang diberikan kepada kebangkitan gelombang yang meranapkan
Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-12 lalu masih wujud dan terus
bergerak.
Malahan pergerakan gelombang ini makin kencang dan lebih ganas
berbanding dengan kelajuan dan pergerakannya tahun 2008.
Demikian
menurut salah seorang terlibat dalam membuat kajian mengenai kedudukan
Umno dan BN menjelang pilihan raya ke-12 lalu.
Garisan hijau merupakan laluan lebuh raya Plus.
Kewujudan
gelombang ini baru saya ketahui semalam apabila secara tidak sengaja
salah seorang master mind yang terlibat dalam membuat kajian mengenai
pencapaian UBN dalam pilihan raya umum ke 12 menceritakan apa yang
berlaku dalam pertemuan spontan dengan orang berkenaan di majlis rumah
terbuka aidifitri seorang kawan di Ampang malam tadi.
Menurut
pengkaji itu merupakan seorang ahli akademik bertaraf Phd, satu pasukan
pengkaji politik Umno telah membuat soal selidik terhadap lebih 2,700
orang koresponden dan mendapati kedudukan Umno ketika itu dalam bahaya.
Sejajar itu Umno perlu bertindak selekas mungkin menangani permasalahan
yang timbul untuk tidak menerima bahana dan musibah buruk.
Menurut
pengkaji asal Kelantan itu kenapa kajian itu dinamakan Gelombang Plus
kerana kebangkitan suatu wave yang merempuh UBN melalui jalur lebuh raya
yang ada di negara ini.
Gelombang itu menelusuri lebuh raya yang
bermula bermula dari Johor melalui Melaka, Negeri Sembilan, Selangor,
Perak, Pulau Pinang, Kedah dan berakhir di Perlis.
Gelombang itu tidak merempuh Pahang dan Terengganu kerana ia tidak dihubungkan oleh lebuh raya Plus - Utara Selatan.
Dalam
kajian itu telah menyebut gelombang itu akan menuruti jalur lebuh raya
itu bermakna mana-mana negeri yang terlibat dengan lebuh raya itu akan
menghadapi masalah.
Beliau tidak menyebut apakah punca menyebabkan
berlakunya gelombang berkenaaan tetapi ia diyakini ada sangkut paut
dengan kelemahan Abdullah Badawi sebagai perdana menteri dan juga campur
tangan Mahathir Mohamad dalam membantu menumbangkan BN apabila bekas PM
itu siang malam mengkritik pentadbiran Abdullah.
Kajian
separuh sulit yang menelan belanja jutaan ringgit itu mencadangkan agar
Umno memberi perhatian dan tindakan segera untuk menyelamatkan Umno
jika ingin melihat Umno menang.
Namun katanya malang kajian itu tidak
diendahkan malah ia dipersendakan sebegitu rupa oleh Khairy Jamaluddin
Abu Bakar menantu Abdullah yang menjadi big boss kepada PM berpejabat di
tingkat 4.
Katanya Khairy mencampak begitu saja laporan itu dengan penuh kejengkilan.
"Siuppp......laporan
itu dilempar oleh Khairy hingga terkena skrin slide selepas beliau
membuahkan mulutnya dengan kata-kata .. "ini saja laporannya..", cerita
pengkaji berkenaan.
Tindakan sombong Khairy itu sangat-sangat dikesali
oleh seluruh karyawan team kajian berkenaan.
Ketidakpedulian
Khairy dan Umno kepada laporan itu akhirnya menatijahkan empat buah
negeri yang kebetulan dilangkahi lebuhraya itu runtuh dan terlepas ke
tangan oposisi.
Negeri-negeri itu, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan
Kedah. Perak bagaimana pun dirampas balik dengan cara paksa dan politik
hanyir.
Tambah
pengkaji itu lagi sebenarnya Johor, Melaka dan Negeri Sembilan juga
ikut terkena bahana gelombang berkenaan tetapi ia dapat diselamatkan
disaat-saat akhir.
"Kita berjaya 'bom' negeri berkenaan di saat-saat
akhir. Beliau tidak menyebut apakah erti dan maksud istilah 'bom' yang
diguna pakai itu.
Pihak-pihak tertentu di negeri berkenaan yang
diberikan laporan berkenaan tanpa pengesahan dari Khairy berbuat sesuatu
berdasarkan laporan itu.
Cerita
pengkaji ini menarik sekali. Ditanya mengenai bagaimana kedudukan atau
pun perkembangan gelombang berkenaan pada masa kini, sambil menjebehkan
mulut dan menggeleng-gelengkan kepala berkata; gelombang itu sedang
bergerak dan mara dengan cepat.
Ia umpama bakteria yang sedang memakan
tisu badan manusia.
"Bagi
saya BN habis kali ini!" jawabnya ringkas dengan muka berkerut. "BN
akan tumbang.... wave plus yang kami namakan itu sudah bergerak semakin
jauh dan BN pula sudah kehilangan punca untuk mengawal dan
menyekatnya..," tambahnya lagi serius.
Pengkaji
itu yang mengakui pembaca blog Merah Tinta memberikan saya nombor
telefonnya apabila saya minta dan akan berbual lagi untuk membedah dan
membuat postmortem awal bagaimana BN akan tumbang dalam pilihan raya ke
13 nanti.
Sebelum kami sekali lagi berjabat tangan untuk berpisah dia
menyebut, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan susah untuk ditumbangkan,
manakala Perak akan dapat dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat.
Saya
cuba mengagahnya, barang kali Johor, Pahang dan Melaka akan kekal.
Jawabnya berdasarkan kepada pegerakan wave plus Johor juga kini sedang
tenat dilanda gelombang yang bermula di Johor itu.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.