MCA Khianati Kami - Petanda Kejatuhan BN Di Johor
Blog Pulakdah
'MCA khianati tanah nenek moyang kami!' - laung penduduk kepada Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng
Malapetaka
semakin menimpa-nimpa terhadap BN. Selepas pelbagai kemelut melanda di
Sabah dan Sarawak sehingga berlaku penolakan kepada BN apabila ada
pemimpin mereka yang berputus asa dengan perjuangan parti yang gagal
membela rakyat. Kali ini situasi yang sama melanda pula di negeri yang
sedia maklum menjadi kubu kuat BN selama ini - negeri Johor.
Ketidakpuashatian
rakyat Pengerang, Johor akhirnya tidak dapat terbendung lagi dan
meletus pada satu seminar yang diadakan oleh UPEN Johor di SJKC Yok
Poon, Sg Rengit semalam 13 Ogos 2012 untuk perkembangan Projek RAPID.
Penduduk
yang tidak bersetuju dengan projek ini merasa kecewa dan marah di atas
tindak tanduk Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng kerana
tidak mempertahankan tanah tempat tinggal mereka. Penduduk setempat
merasa kecewa apabila MCA telah mengkhianati masyarakat dan memihak
kepada pihak lain untuk memusnahkan seluruh kampung.
Wakil penduduk mengajukan senarai soalan bertulis kepada pihak berwajib untuk menjawab tuntutan-tuntutan dan pertanyaan mereka.
Jawapan kepada senarai pertanyaan daripada penduduk kampung akan diberi dalam masa 1 bulan.
Projek
Hab Minyak dan Gas (HMG) Pengerang atau RAPID yang bernilai RM60 bilion
ini melibatkan 10 buah kampung - dengan jumlah penduduknya lebih kurang
4,000 orang, daripada 1,268 keluarga. Dalam fasa pertama pemindahan,
570 keluarga daripada tiga buah kampung (iaitu Kampung Sungai Kapal,
Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik) terpaksa berpindah bagi
memberi laluan kepada projek HMG ini yang dijangka akan mula beroperasi
pada Oktober 2013. Hampir 80% daripada seluruh kawasan Pengerang akan
diambil-alih oleh Kerajaan dibawah Akta Tanah Negara.
Namunnya,
setakat ini pampasan nelayan tidak diselesaikan akibat dari pencemeran
laut dipunca oleh pembinaan perlabuhan di pantai selatan Pengerang.
Selain itu, rundingan pemgambilan tanah tidak diketahui oleh
penduduk-penduduk tempatan, termasuk maklumat teliti mengenai tapak
penempatan baru.
Sebelum
ini seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai
Pengerang, Kota Tinggi, telah memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi
atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum
Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan. Writ saman dan pernyataan
tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma
guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah
Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.
Dalam
pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi
RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan. Mereka turut
memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan
kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah
perintah ganti rugi yang wajar diberikan.
Segala
permasalahan penduduk-penduduk kampung ini tidak diketahui ramai kerana
sekatan saluran media utama pemerintah. Daya mereka hanya bergantung
kepada kemudahan internet untuk menyebarkan maklumat-maklumat di
Pengerang.
Dengarlah keluhan penduduk Pengerang dalam klip di bawah ini :
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.