Gesaan
yang dibuat oleh Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala
Lumpur Mat Zain dan bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang dibuat berikutan dakwaan serius terhadap Gani yang didedahkan oleh penulis Zainal Abidin Ahmad dalam bukunya bertajuk “Tan Sri Gani Patail: pemalsu, penipu, penjenayah?”.
Dua
hari yang lalu, Mat Zain telah menghantar surat kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak untuk memohon jawapan mengapa beliau tidak
bersedia untuk menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat Peguam Negara
walaupun wujud banyak tuduhan serta bukti terhadap Gani tetapi telah
memberi kebenaran untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung
pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Manakala
Phang pula menggesa Peguam Negara agar menyiasat semua tuduhan yang
dilemparkan terhadapnya dan menyaman penulis buku tersebut sekiranya
dakwaan-dakwaan yang didedahkan adalah palsu.
Satu
laporan polis juga telah dibuat oleh Phang dengan menggesa SPRM dan
pihak polis agar menyiasat dakwaan terhadap Gani merujuk kepada isu
salah guna kuasa seperti yang didedahkan buku tersebut.
Memberi respon kepada isu ini, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Robert Phang dan Mat Zain telah membuat beberapa tuduhan serius terhadap Gani
dan Perdana Menteri tidak boleh terus berdiam diri terhadap Peguam
Negara yang paling kontroversial dalam sejarah negara ujar Kit siang.
“Ini
kerana Peguam Negara dipandang sebagai ketua pegawai perundangan yang
diberi penghormatan untuk mendaulatkan undang-undang daripada ketua yang
melanggar undang-undang.” ujarnya.
Bagi
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor, rakyat Malaysia amat
bimbang dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang
kelihatan berdiam diri.
“Isu
Peguam Negara ini merupakan isu paling kontroversi kerana ia melibatkan
sejumlah dakwaan tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa oleh Peguam
Negara sendiri yang dipandang sebagai ketua pegawai perundangan.
“Najib
harus mempertimbangkan secara serius untuk menubuhkan satu tribunal
kehakiman bagi meneliti sejumlah tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa
oleh Gani seperti yang digesa Mat Zain dan Phang.”
Tanpa
penubuhan tribunal yang dicadangkan, ia akan memberi persepsi bahawa
Peguam Negara telah menjadi ketua yang melanggar undang-undang daripada
ketua pegawai perundangan yang mendaulatkan undang-undang kata Kit Siang
mengakhiri kenyataannya.
-Roketkini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.