Sehingga kini, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut: -
Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14
Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan
yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp,
termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli; -
Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan
Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada
rakyat; -
Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan.
Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan.
Saya berkeras bahawa kerajaan
tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara
yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3).
Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato’ Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personal guarantee) setiap anggota keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya.
Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal
membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai
kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita
apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut.
Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih.
Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih.
Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan
menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru
adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta
tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor
baru.
Saya menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak mengesahkan
perkara-perkara berikut:
- Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan
NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi; -
Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini
walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250
juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan
- Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya.
- Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya.
Kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak
melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat
bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato’ Seri
Shahrizat Jalil dan keluarganya.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.