Followers

Saturday, August 11, 2012

Belitnya mengalahkan ular sawa!


Dah-dahlah nak membelitnya tu, tak baik! Dua perkara ke, tiga perkara ke, berapa perkara ke, itulah bendanya! Dah dalam keadaan begitu, tak payahlah nak jadi ulat sawa lagi,,,,bertaubat lagi baik!


Dr M: Tak seperti DAP, saya isytihar M'sia Negara Islam

Dr Mahathir Mohamad berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.
 

"Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam.

"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah.


"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.


Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan dakwaan bahawa DAP anti-hudud sedangkan Mahathir sebelum ini juga tidak bersetuju untuk melaksanakan hukuman itu di negara ini.
 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.