Pandangan terakhir Mahathir
yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang
sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.
Mahathir begitu jelas sebagai
penentang hukum dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud
itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang
ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr
Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang
sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.
Tidak hairanlah jika MCA bersikap
begitu kerana ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari kaum bukan Islam. Tetapi
yang lebih malang lagi UMNO jugalah yang menyekat perlaksanaan hudud itu dan
Mahathir tidak setuju dengan ‘enactment’ tentang hudud yang diluluskan oleh DUN
Kelantan pada tahun 1991 dahulu. Dr Mahathir ini pelupa orangnya kerana
beliaulah yang mempersendakan hukum Islam (hudud) itu secara terang-terangan ketika dahulu.
Beliau tahu apa-apa hukum sekali pun
yang diluluskan oleh dewan Undangan Negeri, ia tidak akan dapat dilaksanakan
jika dicegah dan digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ajakan Dr Mahathir
supaya PAS menyertai UMNO dan melaksanakan hukum hudud bersama-sama itu
merupakan satu helah beliau untuk mencari jalan untuk UMNO terus di dalam
kuasa.
Tidak dapat disangkal lagi PAS dan
DAP jika kekal kerjasama sama mereka, UMNO sudah hampir terlalu pasti akan
sampai ke penghujung nyawanya dan akan hanya wujud dalam sejarah sahaja. UMNO
hanya menunggu pilihanraya sahaja untuk disahkan secara rasmi sebagai parti
yang pada hakikatnya sudah tidak diterima rakyat lagi.
Saya selalu berkata perpaduan rakyat
akan hanya terjadi jika mereka (rakyat) bersatu di luar BN. Seperti ilmu
matematik, formula sangat penting untuk mencari jawapan yang betul. Formulanya
ialah bersatu di luar BN dan seruan ini adalah untuk semua rakyat yang pada
hakikatnya benar-benar inginkan perpaduan itu.
Jika benar UMNO mahukan perpaduan
itu, parti itu sebaliknya keluar BN dan menjadi rakan kongsi yang ‘junior’
dalam Pakatan Rakyat dan menjadi pengikut pula kerana UMNO sudah tidak lagi
mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Lagi pula, di Semenanjung ini BN
akan hanya mempunyai satu komponen sahaja, iaitu UMNO itu sendiri.
Sekarang UMNO terpaksa memberikan
peruntukan kerusi kepada parti-parti yang sudah hampir pasti tidak akan menang
di hati rakyat lagi seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Malahan parti-parti
komponen dalam BN itu hanya memberikan bebanan yang sangat berat kepada UMNO
yang sudah tersedia dengan bebanannya sendiri yang sangat berat.
Bagi saya, angan-angan Dr Mahathir
itu adalah seperti ‘pungguk rindukan bulan’ kerana jika Mahathir sendiri atau
pimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang ini mahu melakukan ‘negotiation’
untuk percantuman ini, ia tidak akan berjaya. UMNO tidak ada ‘magnanimity’
langsung termasuk Dr Mahathir itu sendiri untuk melakukannya.
“Dr Mahathir is a very good servant
but a very bad master,” kata seorang pemimpin UMNO suatu masa dahulu. Beliau
telah gagal untuk menjadi negarawan kerana baliau masih menjadi ‘activist’
parti UMNO dan tidak mempunyai sifat negarawan yang sejati.
Dr Mahathir tidak
ada ‘cut’ untuk digelar sebagai negarawan kerana beliau memihak kepada pimpinan
yang rakus dengan rasuah dan beliau tidak merasa bersalah langsung mewarisi
sifat rasuah kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau.
Jika kita singkap sejarah yang masih
terlalu baru, beliau tidak merasa bersalah kerana membantu menjatuhkan kekuatan
UMNO apabila keluar dari parti itu sebelum pilihanraya yang lalu.
Beliau
bertindak keluar kerana mahu menjatuhkan Abdullah Badawi yang tidak sebulu
dengan beliau. Kerana Abdullah seorang, beliau sanggup melemahkan parti yang
beliau tubuhkan sendiri dalam tahun 1998 dahulu.
Dr Mahathir hanya mampu membawa
kegelisahan kepada semua pihak. Beliau hanya berjaya jika semua pihak
berpecah-belah. Politiknya hanya boleh hidup jika kita semua berpecah-belah dan
bergaduh di antara satu dengan lain.
Jika PAS dan DAP serta PKR dan bekerjasama
pula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak, insyaalah kita akan bersatu
dengan lebih mudah lagi.
Selagi UMNO, lebih-lebih lagi Dr
Mahathir diberikan tanggungjawab untuk menyatukan rakyat, perpaduan tidak akan
tercapai. UMNO nampaknya menunjukkan penyesalannya setelah nasi menjadi bubur.
UMNO hanya menyesal setelah berada
di dalam gaung yang dalam. UMNO tidak boleh bangun lagi. PAS tidak perlu
menghiraukan ajakan Dr Mahathir itu. Usaha penyatuan yang PAS dengan
rakan-rakannya sedang lakukan sekarang sudah terlalu hampir untuk mendapat
kejayaan. Jangan dirosakkan lagi.
Percayalah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.