Jika
Umno BN memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum ke-13, tarif
air di negeri itu akan meningkat sehingga 70 peratus, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya
dah tengok perjanjian. Inilah syarat yang dibuat Syarikat Bekalan Air
Selangor (Syabas),” katanya dalam ceramah di Dataran Kak Yam, Kampung
Sekolah Lenggong, Perak malam tadi.
Menyentuh
polemik air di Selangor yang dimulakan proksi Umno BN dalam Syabas,
Anwar berkata peranan kerajaan ialah mengurus dan mentadbir manakala
keuntungan wajar dipulangkan kepada rakyat.
“Air,
minyak (petroleum) itu adalah sumber (alam). Kita (kerajaan) hanya jaga
amanah. Itu prinsip. Nak untung ratus juta buat apa? Air adalah hak
kita semua. Janganlah bebankan rakyat,” katanya.
Dalam
pada itu, beliau berkata, rejim Umno-BN terlalu takut kehilangan kuasa,
kerana menyangka Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia seperti gelagat
mereka.
“Mereka takut kalau kita perintah, sama perangai macam dia. Sebab minda mereka hanya ada kebendaan, materialistik.
“Orang
Melayu kena tahu, monopoli ekonomi oleh kroni Umno BN punca Melayu
miskin. Anehnya, orang Melayu masih kekal sokongan pada rejim lama. Bila
sibuk pasal material, kebendaan, bila masa nak fikir soal rakyat?”
katanya.
“Tengok
Ustaz Azizan (Razak) di Kedah. Dulu balak satu ekar RM1,000. Sekarang
satu ekar RM19,000. Ada orang kata – itu dulu Datuk. Habis, mana pergi
lagi RM18,000? Perintah 50 tahun, berapa BN ambil?
Justeru,
beliau berkata, Ramadan adalah masa untuk rakyat bermuhasabah dan
membuat keputusan kerana pimpinan Umno BN jelas membelakangkan
kepentingan rakyat.
“Tiap
malam mereka fitnah kita. Ada bagi ruang untuk kita cakap? Tidak ada.
Ada dia keluarkan bukti? Dia tak berani,” kata Anwar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.