Alahai...
Sekretariat Ulama Muda Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.
Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.
"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Aduhai!
Ustaz muda UMNO ini jahil, tidak
membaca, atau sengaja mengeluarkan kenyataan untuk menyokong parti yang
disertainya? Walhal dengan jelas MCA menentang hudud dan kenyataan
pemimpin kanannya juga menghina Islam dan hudud.
Walaupun sudah beberapa
kali pemimpin parti itu mengeluarkan kenyataan mengguris hati umat
Islam, malangnya, kata-kata penghinaan itu tidak pernah disanggah oleh
orang UMNO waima oleh ulama UMNO sekalipun.
Itu satu hal. Lagi pelik, Fathul Bari juga seolah-olah buat-buat tidak tahu tentang pemimpin partinya yang mempersenda dan menolak hudud dan negara Islam. Walhal kesemuanya mengaku beragama Islam dan berjuang untuk Islam. Cuba baca pautan ini.
Itu satu hal. Lagi pelik, Fathul Bari juga seolah-olah buat-buat tidak tahu tentang pemimpin partinya yang mempersenda dan menolak hudud dan negara Islam. Walhal kesemuanya mengaku beragama Islam dan berjuang untuk Islam. Cuba baca pautan ini.
Cara MCA "menyokong" Islam dan hudud menurut fahaman Fathul Bari:



Walaupun sikap dan pendirian MCA
dan parti komponen BN yang lain terhadap Islam dan hudud seperti
dipaparkan di atas, namun Fathul Bari tetap membela MCA dan MIC dengan
berkata:
"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA
dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni
tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya."
Apa komen Ustaz Azhar tentang ulama muda menyertai parti sekular?
Apa komen Dr MAZA:

P/s: TM menyokong DAP bersama PR untuk menjatuhkan rejim yang terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan.
Selain itu, TM menyokong DAP kerana:

Baca berita ini untuk mengetahui sumbangan kerajaan PR di Pulau Pinang kepada pembangunan umah dan Islam.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.