KUALA
LUMPUR 24 Ogos: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan
Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan, terdapat 200,000
nama warga asing, hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah
dari jumlah keseluruhannya 950,000 pengundi berdaftar.
Menurutnya,
penduduk Sabah telah bertambah kira-kira 700,000 (termasuk generasi
kedua) hasil Projek IC dan sebahagiannya telah berdaftar sebagai
pengundi sah, dengan kod IC ’71′.
“Kenapa memalsukan ‘Sijil Akuan untuk menyatakan tempat kelahiran di Sabah dengan kod tengah 12?
“Jika
dokumentasi secara sahih, mengapa Kad Pengenalan baru mereka
(diwujudkan) kod 71, bukankah bermakna mereka dilahirkan di luar
Malaysia?
“Jika
mereka dianugerahkan kewarganegaraan, bila dan di mana mereka
mengangkat sumpah?” soalnya yang juga penulis buku Les We Forget
mendedahkan skandal pemberian kewarganegaraan oleh kerajaan BN kepada
pendatang asing.
Tambahnya,
Dr Mahathir pernah dicabar oleh Lim Kit Siang pada 2006 untuk menafikan
penglibatannya dalam Projek-M, ketika Ahli Parlimen Ipoh Timur itu
menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
“Sampai
hari ini, Dr Mahathir tidak menafikan, malah mempertahankan kenaikan
mendadak penduduk Sabah dan pemberian kerakyatan kepada warga asing,”
katanya ketika dihubungi.
keadilandaily./Warta Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.