Followers

Friday, July 20, 2012

( Video ) CERAMAH PERDANA - Pimpinan Umno tak pernah puas rompak harta rakyat - DSAI


 


SHAH ALAM - Pimpinan Umno BN tidak pernah puas merompak harta rakyat walaupun kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Adakah ia memberi pengajaran kepada Umno? Tidak ada! Selepas tewas, makin teruk mereka rompak…Projek NFC (National Feedlot Corporation) bernilai RM250 juta pun dia sapu,” katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin pada ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, sepanjang 50 tahun memerintah, Umno BN ghairah membolot duit rakyat untuk diberikan kepada keluarga tetapi tidak pernah memikirkan masalah rakyat yang berpendapatan rendah.
Beliau memberi contoh skandal NFC apabila anak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dibayar gaji sehingga RM30,000 sedangkan rakyat hanya berpendapatan RM900 sebulan.

“Anak kita kerja kilang gaji RM900. Pakatan Rakyat nak beri gaji minima RM1,100 sebulan, dia (kerajaan) kata bankrap…Anak kamu kerja dapat gaji RM30,000 sebulan, tak bankrap pulak…,” tempelak Anwar.
Anwar turut menyelar pemimpin BN merompak permit teksi untuk diberikan kepada keluarga menteri dan kroni mereka.

Keadaan itu katanya, memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.
“Ketua Umno Bahagian dapat 250 permit, bekas menteri yang dah tua dapat 15 hingga 30 permit. Ketua Umno Pemuda Umno semua dapat permit.

“Pemandu teksi kerja teruk…Mana ada pemandu teksi yang kaya, yang kaya adalah kroni Umno. Sebab itu kalau kita memerintah, kita janji beri permit untuk bantu dia,” katanya.
Hadir sama, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Serdang; Teo Ni Ching dan Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Arif Sabri./KeadilanDaily

                                     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.