Pada
hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar
yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan
Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru
Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.
Antara
agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zainal
Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga
merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa
saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).
Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ
yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"
Beliau
juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan
negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya
adalah orang Islam.
Setahu
saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang
diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang
terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada
murid-murid saya di Tingkatan 4.
Sedih
juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan
ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan
boleh menjawabnya dengan sendiri.
Slot
kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris
Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa
saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.
Tajuk
kertas kerjanya ialah Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat
Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia
yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan
ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.
Kemudian
beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini
dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya
saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini,
tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama
telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.
Apakah
isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping
duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah
ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10?
Adakah upah mendengar ceramah UMNO?
Pada
saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat
sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya
berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.
Mengapakah
UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah
program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya
untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10!
Guru Siswazah
Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.