Followers

Saturday, July 7, 2012

Transformasi Ustazah Mashita Oleh umno

 

Ustazah ini semua kita kenali dulu, ketika itu dia tidak pun bergelar YB, ketika itu ustazah ini yang selalu keluar di TV bolehlah dikatakan seorang yang disegani. rasanya apa yang dibicarakan olehnya ketika itu bolehlah kita ambil jadikan panduan.

Semalam ustazah ini mengemparkan ramai kawan-kawan di facebook, bila dalam satu rancangan forum di kaca TV malas sebelumnya, ustazah ini mengatakan golongan Artis dan Pelakon tak perlu la bicara soal Agama.  

Ini agak pelik, kerana artis dan penyanyi juga sebenarnya bertanggungjawab menyeru kepada kebaikan, jika pandai mengolah, filem dan lagu boleh digunakan untuk mengagungkan ALLAH, boleh juga filem dan lagu dibikin untuk membuatkan kita lebih mahu mendekatkan diri pada Islam. itu juga namanya berdakwah.

Sebenarnya sejak di"TRANSFORMASI" kan oleh umno. mashita sendiri memang sudah jadi pelik, juga sudah berani mempersenda hukum HUDUD, hukum ciptaan tuhan  untuk manusia.

Sedikit sedutan bagaimana ustazah yang telah "ditransformasikan" oleh umno mempersenda hudud

Andai belum lagi negara ini bersedia untuk menjalankan hudud, jangan sesekali memperlekeh hukum ciptaan tuhan hanya kerana mahu menjaga jawatan dan kuasa.

Kerana mahu menjaga pangkatlah, mashita sanggup persenda hudud, benarlah akhir zaman Agama dijual untuk kepentingan diri sendiri.


Jom kita tengok transformasi mashitah oleh umno,



Amacam, nampak macam artis tak ustazah ni sekarang?, lip-lap-lip lap... mengerlip
 
 
Tukang Lawan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.