Segala yang dibuat serba tak kena. peluru dan makan tuan. Rakyat sudah mula muak dan jemu dengan kisah seks dan fitnah di luar budaya yang di amalkan umNO Bn.
Kegelisahan ini diterjemahkan melalui penangguhan demi penangguhan pilihanraya. Ia mengatasi kegelisahan menunggu pengumuman hari raya.
Kalau dulu , menanti perisytiharan hari raya agak menyesakkan kerana
terpaksa menunggu kemunculan penyimpan mohor besar raja melayu sebelum
membakar lemang ataau mengacau dodol.
Pernah di Perak, saya dibangunkan
oleh ayah pada pukul 2 pagi untuk menghabiskan mercun kerana sultan
Perak telah mengistiharkan hari raya melalui polis yang masuk ke kampung
kampung walaupun penyimpan mohor besar mengistiharkan anak bulan tidak
kelihatan.
Najib atas nasihat Rosmah barangkali sangat bimbang untuk mengistiharkan pilihanraya. Beliau tidak punyai keberanian seperti almarhun Sultan Idris mengisytiharkan hari raya walaupun seluruh Malaysia kecuali Johor tidak raya... Menurut baginda, anak bulan kelihatan di Perak.

Najib
Pulak tak berani nak isytihar Pilihanraya kerana terlalu banyak bulan
yang dilihat...bukan lagi anak bulan.
Berbagai janji ditabur Najib. Berbagai projek di sebut. Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang Perdana Menteri menabur duit macam manabur daun getah.
Berbagai janji ditabur Najib. Berbagai projek di sebut. Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang Perdana Menteri menabur duit macam manabur daun getah.
Almarhum Ghafar Baba yang terkenal menjanjikan projek pun tak
mampu buat seperti Najib. Entah dari mana datangnya duit pun tak tahu.
Jika pinjaman, tentunya wajib bayar, Jika "advance" seperti dilakukan
Zamberi Menteri Besar Perak dengan menggali kewangan dari Jabatan
Bekalan Air, tentunya menyusahkan pemimpin selepas ini terutama dari
Pakatan Rakyat.
Jika ia duit bawah tanah dari syarikat, pastinya rakyat
yang akan dibelasah jika umNO BN terus diberi mandat selepas PRU 13.
Senjata terakhir umNO, pastinya petanda terlalu hampir PRU adalah tuduhan jahat Polis Cawangan Khas bahawa PR diresapi militan dan komunis. Ia disebut dalam setiap pertemuan dan taklimat cawangan Khas.

Seolah cawangan Khas polis adalah sayap gempur umNO BN. Ia bertujuan
menakutkan rakyat terutama yang tidak bermaklumat jika berlaku
pertukaran kerajaan. Ia juga mungkin sebaai senjata "kamikaze" Najib
untuk istihar darurat atau menangguhkan Pilihanraya atas alasan
keselamatan negara.
Mengharamkan kompenan PR juga satu alternatif luar
jangka yang boleh dilakukan Najib!
Bukan pelik bagi parti Islam di seluruh dunia yang diharamkan ketika di ambang kemenangan malah dirampas kuasa dan diharamkan selepas kemenangan oleh kerajaan masing masing.
Bukan pelik bagi parti Islam di seluruh dunia yang diharamkan ketika di ambang kemenangan malah dirampas kuasa dan diharamkan selepas kemenangan oleh kerajaan masing masing.
Ia tidak mustahil berlaku di Malaysia
kerana penasihatnya adalah sama. Pakatan Rakyat dilihat amat berpotensi
untuk mengambil alih pemerintahan dalam PRU 13. Angin perubahan sedang
melanda dunia terutamanya yang digerakkan oleh gerakan Islam.
Apa yang paling penting ialah persediaan juga perancangan luar jangka PR bagi menghadapi strategi "gila babi" umNO BN untuk PRU 13 ini.
Apa yang paling penting ialah persediaan juga perancangan luar jangka PR bagi menghadapi strategi "gila babi" umNO BN untuk PRU 13 ini.
Isu undi
hantu memerlukan ketegasan dan keberanian petugas PR terutama "hantu
dari ladang" yang sedang giat diberi kad Pengenalan atas alasan dulunya
tak sempat memiliki kad pengenalan.
Bagi yang bersama perjuangan Islam,
kita meyakini, kemenangan mesti dimiliki apabila syarat Allah kita
penuhi.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.