Followers

Wednesday, July 25, 2012

Staff KTMB Dijadikan Balaci Umno Lagi ??

 
Jahat Betul puak umno nei, lepas habis semua tanah milik KTMB diorang pacak bendera BN  , Diorang tampal pulak semua dinding stesen komuter, kepala keretapi dan dan mangkuk tandas dengan gambar najib. (  macam la semua orang suka tengok muka najib dengan lambang timbang kroni tu.

Ni satu lagi tindakan umno yang jerut tengkuk sendiri. bagi apa pun orang ambik, tapi nak ke orang bagi undi kat BN masalahnya. kah..kah..kah.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi menjadi alat kempen kerajaan, kali ini melalui pengagihan kurma di beberapa stesen komuter terpilih.

Tinjauan di Stesen KTM Shah Alam petang semalam mendapati kira-kira 15 pekerja terlibat dalam program tersebut, kesemuanya memakai baju korporat BN.

Di bahagian depan kiri baju tersebut tertera tulisan ‘BN’ manakala di bahagian belakang pula ‘Nurani Rakyat’ dan ‘Sayangi Selangor Yakini BN’.

Sumber dipercayai memberitahu, BN telah memperalat program tradisi syarikat itu pada setiap kali Ramadhan.

Beliau yang enggan namanya diketahui berkata, kotak kurma yang sebelum ini ditetapkan oleh pihak pembekal, ditukar dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di saat akhir.
 
Pekerja KTMB sendiri dikerah untuk agihkan kurma tersebut. Biasanya mereka dari jabatan korporat, sumber manusia dan pemasaran.

“Mereka diwajibkan memakai baju korporat BN berwarna biru tua. Di sini, kita sudah jelas dengan tindakan BN yang memperalatkan program ini,kata sumber itu semasa ditemuramah Keadilan Daily.

Jika wang KTMB tidak digunakan sekalipun, ia tetap salah dan sangat malang apabila kakitangan KTM dipergunakan sekali lagi menjadi bahan kempen BN,” tambahnya lagi menjelaskan sumber dana yang digunakan untuk membiayai program yang menjadi tradisi KTMB tersebut tidak diketahui menggunakan dana siapa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.