Kenyataan Media
SAMM Seru Anak Muda Bersama Dalam Himpunan Oren
Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) sangat komited untuk bersama dalam Himpunan Oren yang
akan berlangsung pada 14 Julai 2012 sambil menyeru kepada semua anak
muda untuk turun berhimpun demi menyelamatkan saki-baki khazanah negara
sebelum terlambat.
Himpunan Oren
dijangka mendapat sambutan yang besar kerana rakyat terutamanya golongan
muda harus bertindak melakukan sesuatu mempertahankan hak negara ini
daripada dirompak oleh lanun berkolar putih.
SAMM juga melalui
Segmentasi Peneroka dan Luar Bandar telah masuk ke beberapa gugusan
Felda termasuklah pertemuan di Gugusan Felda Palong baru-baru ini untuk
pencerahan Himpunan Oren dan juga mobilisasi massa.
Bagi SAMM,
penyenaraian FGVH seumpama memperjudikan nasib peneroka felda yang sudah
berpuluh tahun berbakti kepada negara.
Menyenaraikan FGVH adalah satu
perjudian yang harus dielak dan ditentang kerana tiada jaminan
keuntungan yang berkekalan malah peneroka Felda terdedah kepada risiko
kerugian melampau sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1998 yang
lalu.
Kerajaan kononnya
memberi jaminan adalah penipuan semata-mata merujuk kepada banyak amanah
saham yang sebelumnya dijamin kerajaan tetapi lingkup menyembah bumi
dan nasib pemegang saham langsung tidak dibela.
SAMM melihat tidak
mustahil tanah Felda akan tergadai melalui penyenaraian FGVH dan ia akan
melibatkan ratusan ribu hektar tanah rezab melayu.
SAMM juga turut
mempersoal laporan yang menunjukkan Pengerusi Felda yang tidak mempunyai
walau seinci pun tanah Felda yang dibangunkan, namun memperolehi
180ribu unit saham sedangkan peneroka yang berpuluh tahun membanting
tulang hanya dikurnia 800 unit saham sahaja. Ini satu pengagihan tidak
adil yang melampau dan harus ditentang habis-habisan.
SAMM mengambil
kesempatan untuk memberi amaran kepada pihak polis yang hadir menjaga
keselamatan awam agar benar-benar bertindak menjaga keselamatan, bukan
memukul orang awam sepertimana yang berlaku di himpunan-himpunan sebelum
ini.
SAMM turut memberi amaran keras kepada polis agar beruniform
lengkap bersama nama dan nombor anggota. Sekiranya dikenalpasti ada
anggota polis yang tidak menayangkan nama dan nombor anggota, itu adalah
penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis dan wajib ditangkap oleh
peserta himpunan.
Akhir sekali, SAMM juga akan cuba membawakan siaran LIVE dari Himpunan Oren untuk tatapan semua melalui channel ustream http://www.ustream.tv/channel/himpunan-oren .
Ayuh anak muda
Malaysia bersama SAMM berarak dari Masjid Wilayah di Jalan Duta ke
Istana Negara untuk memberi tekanan dan signal yang jelas kepada
kerajaan betapa rakyat terutamanya warga Felda menolak penyenaraian
FGVH.
Sekian
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.