Followers

Friday, July 20, 2012

Polis Mengamuk Bebas Walaupun Didakwa Hari Ini ?



Seremban – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan.
“Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis.

“Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis.

“Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit.

“Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga,”
katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan.

“Dia telah serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu ketika kejadian adalah pistol.

“Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol," katanya.

Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.

“Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.

"Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi," katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar. -SH
CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
-mk




 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.