Tuanku
Raja Zarith Sofiah ibni Sultan Idris Shah, permaisuri Sultan Johor,
pada Rabu mengingatkan wartawan mengenai tanggungjawab mereka untuk
menulis dan membuat laporan berdasarkan fakta dan tepat.
Baginda
bertitah ini amat penting kerana media memberikan pengetahuan kepada
orang awam mengenai pelbagai situasi dan peristiwa yang berlaku di dalam
dan luar negara, terutama dalam dunia tanpa sempadan sekarang.
“Sebagai
pelanggan kepada berita, kita menikmati kepelbagaian pandangan dan
pendapat yang dilahirkan oleh penduduk dari negara-negara berbeza, dan
semuanya boleh diperoleh menerusi hujung jari kita.
“Beta berharap pada persidangan ini, akan akan dapat mencari pandangan serupa dan matlamat bersama,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pusat Maklumat dan Komunikasi Media Asia (AMIC)-UiTM bertajuk “Empat Puluh Tahun Media dan Komunikasi di Asia: Retrospek, Introspek dan Prospek”, di sini.

Raja
Zarith Sofiah bertitah kehadiran pengulas muda media Asia pada
persidangan itu amat penting kerana mereka merupakan golongan yang
mampu mencorakkan masa depan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.