Umum
mengetahui tentang kemelut yang melanda antara pelakon Abby Abadi
dengan pengacara, Dato’ AC Mizal yang hangat diperkatakan lebih seminggu
yang lalu.
Semuanya bermula apabila video ucapan Abby di sebuah
perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga
membuatkan Dato’ AC mencabar pelakon Gerak Khas itu berdebat secara
terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.
GUA
berpeluang bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar
Ramadhan Bukit Jalil, petang semalam dan kesempatan ini digunakan GUA
untuk bertanyakan kepada Dato’ AC mengenai isu yang timbul.
“Bagi
saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi
sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia
cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis.
Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu
saja,” ujar Dato’ AC mengulas mengenai isu tersebut.
“Saya
dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan
sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya,
kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan.
Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal.
“Mungkin
apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada
sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan
itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja
apa yang Abby nak cakap.
“Saya
juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya
percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik
hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia
betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan
sejahtera.”
Ditanya
tidakkah mereka mahu bermaaf-maafan memandangkan bulan Ramadhan ini
bulan yang mulia, Dato’ AC menjawab, “Dia pun tak buat salah pada saya,
cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak
perlu maaf-bermaafan.
Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab
setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil
tindakan tanpa memikir kesannya,” ujar Dato’ AC mengakhiri perbualan. - GUA
MS : O tau pula kau terasa hati yer penipu?? Ingat tak apa kau kata pada seorang artis veteran masa kau bersama 4U2C dulu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.