KUALA
LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan
mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
penasihat Petronas.
Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan
Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan
anaknya, Petron Malaysia.
Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang
ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus
A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai
lalu.
"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi
agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api
kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang
dipegang olehnya.
"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya.
Tambahnya lagi, tindakan Mahathir itu menunjukkan sikap tidak
bertanggungjawab beliau selaku Penasihat Petronas kerana lebih
mengutamakan syarikat minyak milik keluarganya dari syarikat milik
negara.
"Sepatutnya Petronas diberi peluang kerana kedua-duanya iaitu MAS dan
Petronas adalah syarikat milik negara namun disebabkan kepentingan
peribadi lebih diutamakan maka syarikat kroni diberi peluang,"
sambungnya lagi.
Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut
dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli
65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89
bilion).
Sebahagian
daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat
perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan
Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd.
Serang Pakatan
Ahli Parlimen Pokok Sena itu (gambar) juga turut berpendapat, serangan
yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pakatan Rakyat adalah sebagai
agenda peribadi beliau bukannya agenda politiknya.
"Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau
ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin
kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau.
"Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi
pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan
tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan
disambung lagi," tegasnya.
Sebelum itu, pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada
Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba
penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.
MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata
syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada
keperluan mesra alam Airbus A380.
Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma
bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala
Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/11513-pecat-mahathir-dari-petronas-mahfuz
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.