Desas desus mengatakan Sharifah Aini dan Ning Baizura bakal menyertai PAS. Ini dikatakan sebagai momentum gelombang kesedaran Islam di kalangan artis tanahair.
Masaalahnya, betoi ka Ning Baizura dan Sharifah Aini bakal sertai PAS?
Memang berita neh agak luar biasa. Biduanita terkenal tanahair Datuk
Shahrifah Aini rupa-rupanya tidak pernah mengundi seumur hidupnya.
Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk
Shahrifah Aini akan menyertai Parti Islam, PAS dan mengumumkannya secara
rasmi pada bulan Julai ini.
Berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam, PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut menyebutnya.

Malah
turut disebut juga seorang lagi penyanyi terkenal tanah air,
Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai Parti Islam, PAS tidak lama lagi.
Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat.
Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat.
Tidak seperti beberapa tahun dahulu, di mana
golongan ini kebanyakannya hanya berani menyatakan pendirian politik
mereka jika menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Satu perkembangan baik
buat negara. Sebelum ini penyanyi terkenal Aishah dan pelakon drama
Waris yang sedang hangat ditayangkan di televisyen, Hairie Othman
menyertai PAS.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.