Malaysiakini melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah menyinggung perasaan pemimpin parti komponennya dengan menuduh MCA "tidak memahami" sentimen golongan Cina.
Muhyiddin dalam mesyuarat agung Umno bahagian Batu pada Ahad lalu didakwa telah menuduh parti komponen BN – khususnya MCA dan MIC – gagal memahami sentimen golongan Cina dan India.
Satu laporan Sin Chew Daily melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, pemimpin tempatan perlu memahami sentimen semua kaum untuk membolehkannya memenangi mana-mana kerusi.
“Adakah orang Cina begitu rumit? Tidak bolehkah sikap mereka difahami?," soalnya. - 1
Merdekareview pulak melaporkan:
Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri seharusnya memahami suara hati seluruh rakyat, dan bukannya hanya menjaga kaum Melayu. Liow menambah, seandainya Muhyiddin memahami teori ini, maka beliau tidak akan mempersoalkan mengapa MCA tidak faham perasaan masyarakat Cina.
"Dasar yang tidak adil terhadap masyarakat Cina dulu telah diperbetulkan secara beransur-ansur, dan apa yang belum tercapai, kami akan mempercepatkan langkah, untuk memastikan dasar negara lebih terbuka."
Menurut laporan Sin Chew Daily pada hari ini, Liow Tiong Lai menegaskan bahawa apa yang ingin dilihat masyarakat Cina adalah dasar yang adil dan untuk seluruh rakyat.
"Jadi saya percaya Muhyiddin semestinya memahami idealisme ini. Beliau selaku Timbalan Perdana Menteri mestilah membela seluruh rakyat, dan bukan hanya menjaga kepentingan kaum Melayu. Seandainya beliau memahami teori ini, maka beliau tidak akan tanya mengapa MCA tidak memahami perasaan masyarakat Cina." - Merdekareview.
Aku cadangkan elok kalau ada mana-mana pihak yang buat debat untuk depa dua ni. Mungkin Sinarharian yang dah banyak kali buat debat sesuai jadi penganjur. Lagi cantik kalau AstroAwanni boleh buat siaran secara langsung. Boleh la depa berdebat secara berdepan sapa yang sebenarnya pandai jaga orang cina, biar rakyat yang jadi hakim.
Kalau tanya aku, antara Umno dan MCA memang nampak yang Umno yang lebih paham orang cina terutama sekali orang cina yang jadi cukong.
Umno cukup pandai layan depa-depa ni, dan aku yakin hampir semua orang yang paling kaya di Malaysia dari kalangan orang cina memang dapat manfaat dari kepandaian pemimpin Umno layan orang cina.
Apa sangat yang MCA dah buat untuk orang cina? Ada la kut MCA bantu jugak tapi kalau nak banding dengan apa yang Umno dah buat memang tak terlawan.
Lagi satu, apa yang masyarakat cina secara umumnya yang banyak dapat semenjak dua menjak ni lebih kepada pasai DAP bukannya MCA pun.
Kerajaan terpaksa bermurah hati dengan orang cina pasai masa PRU12 lepas orang cina terutamanya mengujudkan tsunami politik dengan beramai-ramai mengundi calon selain dari Umno sampai Umno BN terpaksa memerintah Malaysia tanpa majoriti 2/3.
Dan yang jadi mangsanya tentu MCA pasai kebanyakkan kawasan yang ramai orang cina yang jadi calon BN juga orang cina samasa dari MCA atau Gerakan.
Nama Gerakan tak berapa nak timbul sangat pasai Gerakan tak berapa nak cina berbanding MCA yang memang 100% cina.
Apa pun, cantik jugak kalau ada debat antara Muhyiddin dengan Liow Tiong Lai, boleh jugak kita dengar hujjah lanjut dia pasai apa dia kata Muhyiddin yang salah dalam hal sokongan orang cina ni.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Cenangau Daunkari
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/muhyiddin-nak-berdebat-dengan-timbalan.html#ixzz20t4FoKOY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.