Tawaran pinjaman pelajaran kepada
anak seorang pemimpin PKR ditarik balik apabila Majlis Amanah Rakyat
(MARA) mempertikaikan status bapanya sebagai seorang Melayu.
Menurut pemimpin PKR Batu Pahat,
Syed Hamid Ali, MARA membatalkan pinjaman pelajaran ke luar negara yang
ditawarkan kepada anaknya Akmal Hakim, 17, kerana Syed Hamid telah
didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.
"Saya dah 69 tahun. Dulu orang
yang daftar saya bukan ayah saya. Saya semak-semak, jiran saya yang
daftarkan waktu tu. Nama syed, jadi dia bubuh Arab.'Itu
sebelum merdeka, lepas merdeka ada perlembagaan Artikel 160 yang kata
siapa Melayu. Selama ni saya tak pernah rasa Arab. Cakap Arab ana ente
je saya tahu.
"Saya daftar anak saya sendiri. Surat beranak dia tulis keturunan bapa Melayu," katanya.
Syed Hamid, yang merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed
Husin Ali, berkata anaknya menerima surat pembatalan itu melalui kurier
pada 23 Jun.Sebahagian daripada
surat itu, yang disiarkan Syed Hamid di laman Facebook beliau,
menyatakan seorang atau kedua-dua ibu bapa pemohon penerima pinjaman
pelajaran Mara mestilah Melayu atau bumiputera.
"Oleh yang demikian, dimaklumkan
bahawa tawaran saudara untuk program seperti di atas dibatalkan, kerana
tidak memenuhi syarat seperti di atas," nyata surat tersebut.-Mkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.