Followers

Sunday, July 8, 2012

Mahathir: Orang Malayu bodoh terpaksa tunduk kepada tuntutan golongan minoriti

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar kiri) berkata "kebodohan" orang Melayu menyebabkan kumpulan etnik majoriti terpaksa tunduk kepada tuntutan golongan minoriti, termasuk mengiktiraf sijil daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC).

Dalam wawancara yang disiarkan 
Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir membangkitkan perkara itu sebagai dilema baru orang Melayu.

Beliau mendakwa, golongan Melayu kini tidak mampu mempertahankan kaum mereka kerana takut dituduh rasis.


"Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tidak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan.



"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tuankua Abdul Rahman, kita kena terima.


"Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adala kerana kebodohan orang Melayu kerana kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan seupaya orang Melayu boleh menjadi majoriti.


"Namun kini sebaliknya, mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah," katanya. 



Kerajaan Rakyat 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.