SHAH ALAM - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada
seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog
semalam.
Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata,
setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.
"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan
penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog
yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau
meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.
Sementara blog itu, www.papagomo.com
membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR
melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan
Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Anwar telah dibebaskan daripada kes
meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu.
Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis
rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.
Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah
dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.
"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan
polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang
mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin
PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.
Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.
Dalam pada itu, Koordinator Media kepada Anwar, Eekmal Ahmad berkata,
pemblog tersebut sewajarnya berhenti daripada meneruskan serangan jijik
dan kotor.
"Saya harap pihak-pihak terbabit akan berhenti daripada melakukan serangan-serangan yang jijik dan kotor," katanya lagi. SH
KAMU TAU TAK KAMU TELAH BERI JALAN UNTUK UMNOBN MASUK LONGKANG PRU13 ,
T.KASIH Papa Gomo -
SHAH ALAM - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.
"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.
Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.
Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.
"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.
Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.
Dalam pada itu, Koordinator Media kepada Anwar, Eekmal Ahmad berkata, pemblog tersebut sewajarnya berhenti daripada meneruskan serangan jijik dan kotor.
"Saya harap pihak-pihak terbabit akan berhenti daripada melakukan serangan-serangan yang jijik dan kotor," katanya lagi. SH
KAMU TAU TAK KAMU TELAH BERI JALAN UNTUK UMNOBN MASUK LONGKANG PRU13 ,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.