BEAUFORT 30 Julai: Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan ‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam.
Pada
pelancaran Pakatan Perubahan Sabah di rumahnya di Beaufort malam tadi,
beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki
kapal baru.
“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.
Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Thamrin Jaini; bekas menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.
Lajim
menyifatkan tindakan itu perlu kerana Umno BN selama ini membuli rakyat
Sabah dengan mengabaikan mereka lantaran menganggap mereka sebagai
pengundi ‘deposit tetap’.
“Umno
BN buat sesuka hati mereka sebab kita dipandang sebagai fixed deposit
(deposit tetap). Saya beri amaran kepda BN, jangan buli rakyat Sabah
lagi,” katanya.
Setiap
kali Lajim mengajak penyokongnya menukar kerajaan, orang ramai akan
bersorak dengan melaungkan ‘Tuuukar’ -slogan PPS dan Angkatan Perubahan
Sabah (APS).
“Sabah
kaya dengan hasil balak dan minyak banyak tapi yang kaya adalah kroni
Umno di Sabah dan Semenanjung. Rakyat Sabah tetap sama – miskin,”
katanya.
Lajim juga menegaskan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya demi kebajikan rakyat Sabah.
“Saya
sudah kaya tapi apakah rakyat Sabah juga kaya? Tidak. Mereka masih
miskin. Dulu, saya sokong Umno masuk ke Sabah dulu, sebab mahu tolong
rakyat tapi tidak, nampaknya.
“Ada yang tuduh, pembangkang beli saya. Apa sangatlah duit pembangkang. Yang sibuk mahu beli ialah BN,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.