Baru tadi malam "tukanglawan"
kongsikan satu artikel hebat yang ditulis oleh Dr. Afif Bahardin yang
menceritakan keterdesakan umno untuk terus berkuasa, jelaslah umno kini sebuah Parti Gasar, parti yang sudah tersimpang jauh dari asal perjuangan.
Keterdesakkan itu telah ditunjukkan dengan menjadikan umno itu sendiri sebuah parti yang ganas, umno kini sebuah parti samseng.
Buktinya jelas, bila malam tadi ceramah dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di Felda Pagoh malam diganggu dan diserang gerombolan umno.
Gerombolan itu yang juga
disertai kana-kanak yang sepatutnya tidur awal untuk bersekolah
keesokkanya telah diupah memakai baju Umno dan Jati membuat provokasi dengan mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu Umno semasa ceramah berlangsung.
Kumpulan itu turut melaungkan
sorakan ‘tibai’ dan ‘liwat’, malah kain rentang yang tertulis “PKR tiada
di hati kami, hanya Umno di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami”
juga dikibar.
Walupun diganggu ketika berucap, Nurul Izzah meminta supaya hadirin yang hadir bertenang dan tidak takut, “Saya
minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan kerana
kejadian ini sering berlaku apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah.
Umno jangan ingat negara ini milik mereka…Negara ini kepunyaan rakyat,
jadi suara rakyat seharusnya dihormati.
“Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian,” tegas Izzah.
“Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian,” tegas Izzah.
Maka benarlah
umno memang harus ditumbangkan segera, bagaimana pemimpin parti gasar
itu mahu menjaga negara jika mereka gagal mengawal tindak tanduk ahli
parti mereka sendiri?
Terdahulu,ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekah Kuah, Langkawi turut diganggu samseng upahan Umno dan berjaya ditangkap oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah, Angah Habib.
Parti gasar umno kini terus giat
menakut-nakutkan rakyat dengan membuat onar dalam majlis ceramah
pakatan rakyat, apakah kita mahu terus ditakutkan oleh mereka?. PRU 13
jelas menjadi titik noktah pada kekuasaan mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.