Tengku Adnan mahu Lim Kit Siang menggotakan
janji untuk bekerjasama dengan kerajaan BN bagi memastikan peristiwa 13
Mei 1969 tidak berulang.
Beliau berkata BN tidak mahu sejarah hitam pada 1969 itu berulang dan
mengugat kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam yang dinikmati
sekarang.
“Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan lakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran Umno Bahagian Putrajaya di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Lim yang
juga Anggota Parlimen Ipoh Timur semalam bahawa pakatan pembangkang
sedia memberi kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969 berulang.
Tengku Adnan mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti agar tidak keluar secara beramai-ramai untuk meraikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua pihak.
Beliau yang tinggal di Kampung Baru ketika kejadian 1969 itu berkata
kejadian rusuhan kaum pada ketika itu adalah berpunca daripada
segelintir pemimpin dan penyokong pembangkang yang keluar berarak
beramai-ramai untuk meraikan kemenangan di beberapa kerusi parlimen.
“Sesiapa yang menang, perlu bersabar, tenang dan tidak terlalu teruja. Apabila (dalam keadaan) terlalu teruja, ia akan naik ke kepala dan anda akan cenderung melakukan tindakan yang tidak elok.
Akhirnya ia akan menjejaskan masyarakat berbilang kaum,” katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.